Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU firma teknologi, ITE lancar pusat cemerlang baru

Pusat akan guna teknologi generasi baru bagi program latihan pelajar, pelajar lebih dewasa ITE
ITE
Feb 12, 2022 | 05:30 AM



SYARIKAT teknologi berpangkalan di Singapura, Vizzio Technologies, memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) selama tiga tahun bersama Institut Pendidikan Teknikal (ITE) untuk melancarkan sebuah pusat kecemerlangan baru - Pusat Pengalaman Universal Omniverse - di ITE College Central Rabu lalu.



Pusat kecemerlangan itu akan memanfaatkan teknologi generasi baru bagi program latihan kepada pelajar serta pelajar lebih dewasa menerusi program Pendidikan dan Latihan Berterusan (CET) yang disediakan ITE.



Teknologi generasi baru itu termasuk geospatial yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI), virtualisasi tiga dimensi (3D) dan huraian Digital Twin (program komputer menggunakan data dunia nyata bagi wujudkan simulasi).



Vizzio Technologies, yang mempunyai kepakaran untuk mencipta realiti digital di alam maya, akan menawarkan program bekerja sambil belajar dan laluan pembelajaran bagi membangunkan dan menyampaikan bersama kursus latihan 3D.



Menurut pengetua ITE Kolej Central, Encik Suresh Natarajan, usaha itu selaras dengan agenda Negara Bijak bagi menyediakan pelajar, pelajar dewasa dan masyarakat perniagaan kemahiran teknologi lanjutan buat masa depan.



"Bersama syarikat Vizzio Technologies, kami mempunyai kurikulum holistik, menyepadukan pendidikan dan aplikasi dunia sebenar menggunakan teknologi 3D untuk menunjukkan kuasa data spatial bagi projek industri dan Bandar Pintar (Smart City).



"Dengan memanfaatkan teknologi pertumbuhan baru ini, kami berasa amat ghairah untuk mengetahui pertumbuhan pada masa hadapan.



"Kami akan terus memupuk bakat teknologi mendalam Singapura dan menerokai peluang baru untuk memacu inovasi dan pendigitalan," katanya.



Menurut Pengerusi Vizzio Technologies, Encik Abu Bakar Mohd Nor, MOU itu merangkumi semua tiga kampus ITE di Singapura.



Vizzio Technologies akan memberikan tumpuan untuk melatih pelajar dan pensyarah ITE serta pelajar lebih dewasa dalam bidang permodelan 3D, AI, Model Maklumat Pembinaan (Building Information Modelling, atau BIM), Enjin Permainan Tidak Nyata (Unreal Game Engine) serta realiti maya dan bercampur (AR/VR).



Kursus-kursus itu akan meningkatkan keupayaan tenaga manusia menerusi peningkatan pengajaran dan pembelajaran.



Ia juga membantu usaha pendigitalan syarikat kecil dan sederhana (SME) melalui kursus teknologi geospatial untuk pelajar lebih dewasa dan industri



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Vizzio Technologies, Dr Jon Li, berkata teknologi 3D akan menjadi sebahagian daripada kehidupan harian.



"Kami amat gembira bekerjasama dengan ITE yang berpandangan ke hadapan dan berkongsi visi kami untuk mendekatkan lagi teknologi ini dengan pelajar dan masyarakat peniaga di Singapura.



"Kami mengalu-alukan bakat generasi baru di alam 3D dan membayangkan tibanya hari di mana Internet 3D akan berkembang dengan model bandar, bangunan dan jalan raya 3D hiperfotorealistik tepat 1:1 dengan dunia fizikal.



"Kami akan memupuk kerjasama kami dengan ITE untuk melengkapkan kemahiran pelajaran dalam pemodelan AI dan 3D teknologi lanjutan," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >