Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU perkukuh semangat kesukarelawanan belia

Apr 18, 2021 | 05:30 AM



PERTUBUHAN amal Heartware Network (HWN) semalam menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU), satu bersama pejabat SG Cares Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) dan satu lagi bersama Yayasan Temasek, dalam usaha memperkukuh kesukarelawanan belia dan mendorong penglibatan mereka untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat dan melebihi itu.



Majlis penandatanganan yang dihadiri 100 orang secara maya dan 50 tetamu secara fizikal di Heartbeat@Bedok itu dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri (DPM) Heng Swee Keat, yang juga ketua penaung HWN, Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Edwin Tong, serta Menteri Negara (Pejabat Perdana Menteri merangkap Pembangunan Negara) Tan Kiat How.



Mereka bertiga kemudian mendekati 13 pemimpin belia daripada HWN menerusi sesi dialog mengenai topik 'Apa yang membuatkan belia optimistik tentang masa depan?'.



Pemimpin belia itu yang berpengalaman dalam pelbagai program kesukarelawanan mengongsi keprihatinan mereka tentang masa depan pasca-Covid-19 dan pada masa yang sama tahu akan peranan yang perlu dimainkan generasi mereka dalam mewujudkan masa depan optimistik buat semua di Singapura.



Kerjasama antara HWN dengan Sg Cares bertujuan memperkukuh latihan dan pengurusan relawan belia, mengembangkan relawan belia tetap, dan memupuk nilai ambil berat, bertimbang rasa, serta sumbangan dalam belia pada peringkat nasional mahupun tempatan.



MOU yang ditandatangani HWN dan Yayasan Temasek pula menandakan kerjasama strategik mereka dalam program Temasek Shophouse Conversations: Youth Call-to-Action 2021 yang bertujuan mendorong anak muda mengambil tindakan dalam menangani masalah sosial yang dihadapi Singapura dan serantau demi mencapai kebaikan bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >