Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU pertingkat kerjasama bagi kemampanan lebih besar industri air

Jan 12, 2022 | 05:30 AM



KERJASAMA yang lebih erat antara pertubuhan boleh membantu Singapura beralih ke arah ekonomi pekeliling bagi meningkatkan usaha kemampanan.



Bagi Majlis Sekitaran Singapura (SEC) dan Persatuan Air Singapura (SWA), ia membolehkan ahli SWA memanfaatkan program SEC bagi membangunkan keupayaan baru dalam kemampanan yang boleh digunakan di dalam atau di luar industri air.



Ahli SWA juga boleh belajar daripada rakan sejawatan mereka di SEC melalui sesi perkongsian dan bengkel kemampanan antara kedua-dua badan itu.



Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran), Dr Amy Khor, berkata:



"Pembangunan mampan dengan sumber terhad bermakna kita perlu cekap dalam penggunaan sumber kita.



"Model ekonomi pekeliling membolehkan kita menggunakan semula sumber berulang kali, mengurangkan keperluan sentiasa mengeksploitasi sumber baru dan memanfaatkan bidang pertumbuhan baru."



Dr Khor bercakap semasa majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) antara SEC dengan SWA di auditorium Hab Air PUB di Toh Guan semalam.



Pengerusi SEC, Cik Isabella Huang-Loh, berkata:



"Memanfaatkan pelantikan SEC sebagai rakan kongsi dalam Program Kelestarian Perusahaan Enterprise Singapore (ESG), SEC akan membantu ahli SWA meningkatkan keupayaan individu dan pembinaan kapasiti mereka yang diperlukan bagi memulakan inovasi dan pembangunan mampan."



Naib presiden SWA, Encik Charles Quek, pula berkata kedua-dua badan itu juga akan bekerjasama dalam acara jangkauan dan pendidikan, kempen promosi dana publisiti, serta menggalak dan membantu ahli SWA mendapatkan pensijilan SEC dalam tempoh 18 bulan akan datang.



Bagi tujuan itu, Cik Huang-Loh berkata SEC mula mengeluarkan pensijilan Skim Pelabelan Hijau Singapura bagi peralatan air industri yang merangkumi pancutan air tekanan tinggi, pengekstrak mesin basuh komersial dan pencuci pinggan mangkuk.



Menekankan pentingnya pembangunan mampan untuk negara seperti Singapura, yang tidak mempunyai kawasan pedalaman atau sumber asli, Dr Khor berkata:



"Konsep pekeliling bertujuan mencapai pembangunan mampan dengan memaksimumkan penggunaan sumber sambil mengurangkan dan menggunakan semula sisa."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >