Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU SG-Amerika bagi pertingkat kerjasama ekonomi

Dec 17, 2020 | 05:30 AM



SINGAPURA menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Amerika Syarikat untuk mempertingkat kerjasama ekonomi dan memperluas pembiayaan perdagangan dan sokongan pelaburan kepada syarikat masing-masing.



MOU tersebut bertujuan meningkatkan ketersediaan dan akses terhadap pilihan pembiayaan perdagangan untuk syarikat bagi kededua negara, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.



Ini akan membantu dalam mengatasi masalah kredit global yang menyusuli ekonomi pascapandemik Covid-19, kata MTI.



Ini juga akan memudahkan perdagangan barangan dan perkhidmatan dua hala bagi meningkatkan peluang pertumbuhan.



Amerika merupakan pelabur luar negara terbesar di Singapura, dan Singapura berada di kedudukan keempat senarai pelabur Asia terbesar di Amerika pada 2019.



MOU itu juga bertujuan mengukuhkan lagi kerjasama pelaburan dan membuka lebih banyak peluang bagi kededua negara untuk meneroka penggunaan teknologi seperti teknologi kewangan atau fintech dalam menghadapi cabaran pembiayaan perdagangan dan pelaburan.



Persetujuan itu ditandatangani oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing dan Setiausaha Perdagangan Amerika Wilbur Ross.



"Sebagai rakan kongsi yang mempunyai pemikiran yang sama, Singapura dan Amerika komited dalam memberi sokongan kepada perniagaan sedang mereka menghadapi cabaran ekonomi global yang disebabkan oleh pandemik Covid-19," kata Encik Chan.



Tambahnya: "Melalui MOU ini, kami akan memudahkan pelaburan syarikat di Singapura dan Amerika serta membantu perniagaan menggunakan lebih banyak kemudahan pembiayaan perdagangan.



"Kami juga ingin melancarkan aliran perdagangan dan pelaburan antara Amerika, Singapura dan Asia Tenggara serta memudahkan syarikat terus berdagang dan memanfaatkan peluang dalam tempoh yang mencabar ini."



Encik Ross berkata Amerika dan Singapura "telah menikmati kerjasama rasmi selama lebih 50 tahun sejak hubungan diplomatik dimeterai pada 1966".



MOU itu akan disokong oleh agensi-agensi seperti Enterprise Singapore, Bank Eksport-Import dan Khidmat Komersial Amerika di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >