Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MOU tambah sumber, program bahasa ibunda bagi galak dwibahasa sejak muda

Sep 27, 2022 | 07:53 PM



KANAK-KANAK, ibu bapa serta para guru kini boleh mendapatkan lebih banyak buku termasuk e-Buku, dalam bahasa ibunda oleh penulis tempatan di Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).



Hari ini (27 September), NLB dan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew (LKYFB) menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk menyediakan lebih banyak sumber dan program Bahasa Ibunda (MTL) untuk mempromosikan dwibahasa sejak usia muda, serta mengembangkan kumpulan penulis bahasa ibunda tempatan. 



Untuk menandakan permulaan MOU itu, NLB akan menambahkan koleksi sepuluh tajuk baru diterjemahkan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Cina, Melayu dan Tamil. 

MOU tersebut adalah sebahagian daripada kerjasama strategik tiga tahun antara NLB dan LKYFB untuk meningkatkan kesedaran, dan akses serta kandungan untuk sumber bahasa ibunda.



Ketika ditemui oleh Berita Harian, Ketua Perancangan dan Pengembangan Koleksi (Bahasa Melayu) NLB, Cik Zubaidah Mohsen berkata langkah ini membolehkan NLB menawarkan lebih banyak sumber yang pelbagai dalam bahasa ibunda kepada pengunjung perpustakaan.



“Menawarkan buku-buku dalam bahasa ibunda bukan sesuatu yang baru bagi kami.



“Sekarang kami sedar ramai yang memerlukan lebih daripada buku fizikal. Mereka memerlukan sumber yang lebih interaktif dan menarik,” kata Cik Zubaidah.



Menurutnya, sehingga kini terdapat sebanyak 15 buku yang sudah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu.



“Untuk Bahasa Melayu, buku yang diterjemahkan ini merupakan lima buku paling banyak dibaca dalam format e-buku!



“Saya rasa terdapat lebih pengetahuan tentang akses kepada e-buku kerana kami menggunakannya dalam sesi penceritaan kami.



“Saya perhatikan bahawa trend ini semakin meningkat,” jelasnya.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >