MPA: 5 kapal kerajaan Malaysia di perairan Singapura pada hari Rabu

SEBANYAK lima kapal kerajaan Malaysia memasuki perairan Singapura dekat Tuas sehingga semalam (9 Januari), menurut Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).

Menjawab pertanyaan media, MPA turut mengesahkan bahawa dua daripadanya terus berada di perairan Singapura sehingga 6 petang tadi, berbanding lima kapal sehingga 6 petang semalam.

Menerusi laman Facebook beliau semalam, Menteri Besar Johor Osman Sapian turut memuat naik gambar beliau melawat pegawai Jabatan Laut Malaysia di kapal MV Pedoman, yang berada di perairan Singapura.

Beliau melakukan demikian sehari selepas menteri ehwal luar dari Malaysia dan Singapura bertemu di sini dan bersetuju untuk membentuk sebuah kumpulan kerja bagi mengkaji dan berbincang tentang isu sempadan maritim.

Kumpulan kerja yang diterajui Setiausaha Tetap Kementerian Ehwal Luar Singapura Encik Chee Wee Kiong dan Setiausaha Agung Kementerian Luar Malaysia Datuk Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaacob itu turut dianggotai pegawai kanan relevan dari kededua negara.

Kumpulan kerja itu ditugaskan menyampaikan laporannya kepada menteri ehwal luar kedua-dua negara dalam tempoh dua bulan.

Menteri Ehwal Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan dan Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah menekankan perlunya memastikan situasi kekal tenang bagi membolehkan perbincangan diadakan.

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 44
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.