MPA lancar 'Bas Laut' sempena sambutan dwiabad Singapura
Jul 27, 2019 | 05:30 AM
SEMPENA acara memperingati 200 tahun Singapura, Bicentennial Singapura, Menteri Penyelaras bagi Prasarana merangkap Menteri Pengangkutan, Enck Khaw Boon Wan, melancarkan Bas Maritim MPA di Sekolah Menengah Canberra, Sembawang Drive, semalam.
Dibangunkan oleh rakan kongsi utama dalam industri kelautan, bas tersebut akan mempamerkan kisah silam, masa kini dan masa depan Singapura secara mendalam.