Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MPA lanjutkan pakej sokongan bagi khidmat feri, pelaut 6 bulan lagi

Dilanjut hingga 30 Jun 2022 mulai 1 Jan
Dec 30, 2021 | 05:30 AM



SOKONGAN Pakej Maritim SG Together bagi sektor perkhidmatan feri serantau dan pelaut Singapura akan dilanjutkan selama enam bulan lagi mulai 1 Januari ini, kata Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA).



Pakej sokongan itu, yang dilancarkan Mei tahun lalu, akan diberikan hingga 30 Jun 2022.



Dalam kenyataannya semalam, MPA berkata pelanjutan sokongan itu bertujuan untuk "menyediakan sokongan berterusan kepada sektor perkhidmatan feri serantau dan pelaut Singapura yang kekal terjejas oleh sekatan perjalanan dan langkah kawalan sempadan semasa".



Bagi pengendali feri serantau (RFO) dan pengendali terminal feri serantau, seperti Singapore Cruise Centre (Private) Limited (SCCPL), mereka akan terus mendapat geran pemulihan untuk menyokong pendanaan langkah pengurusan selamat bagi perjalanan laut.



Geran ini, misalnya, boleh digunakan untuk memperolehi robot pembasmian kuman untuk membersihkan terminal dan sistem manifes tempat duduk elektronik yang diperuntukkan dalam feri bagi penjejakan kontak.



Geran bernilai $3 juta itu diperkenalkan pada Jun 2021 dan asalnya berakhir hujung bulan ini.



RFO dan SCCPL juga akan menerima rebat sewa pejabat sebanyak 30 peratus untuk tempoh enam bulan seterusnya.



Rebat 30 peratus bagi sewa kaunter dan penambatan semalaman pula akan diberikan kepada RFO dan feri-feri di Terminal Feri Tanah Merah dan Terminal Feri Serantau di Pusat Harbourfront.



Untuk membantu pelaut Singapura yang menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan di atas kapal kerana langkah kawalan sempadan yang berterusan dan sekatan pertukaran anak kapal, MPA, Kesatuan Pegawai Maritim Singapura, dan Pertubuhan Pelaut Singapura, akan melanjutkan Pakej Bantuan Pelaut hingga 30 Jun 2022.



Pelaut Singapura yang layak menerima bantuan ini adalah mereka yang tidak mendapat pekerjaan antara 1 Januari 2021 hingga 30 Jun 2022.



Mereka boleh menerima sehingga $700 sebulan untuk maksimum sembilan bulan.



"Dengan 80 peratus perdagangan global dilaksanakan melalui laut, ia sememangnya penting untuk memastikan bahawa industri maritim dapat terus beroperasi sepanjang tempoh Covid-19 yang mencabar," kata MPA.



MPA menambah ia telah memberikan sokongan bernilai lebih $36 juta di bawah Pakej Maritim SG Together sejak Mei tahun lalu.



Ini menerusi konsesi yuran pelabuhan, rebat sewa, pengecualian yuran, lanjutan syarat kredit dan skim sokongan tenaga kerja.



Ketua eksekutif MPA, Cik Quah Ley Hoon, berkata:



"Walaupun keadaan ekonomi dan kebanyakan sektor perkapalan menunjukkan peningkatan hari ini, MPA kekal komited untuk menyokong sektor perkhidmatan feri rantau dan pelaut Singapura yang terus berdepan ketidaktentuan.



"Pakej Maritim SG Together akan membantu industri itu untuk memperteguhkan lagi daya tahan mereka sedang Singapura bersiap sedia melangkah ke fasa endemik."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >