Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MPA perkukuh langkah keselamatan tangani risiko kes import Covid-19

Jul 24, 2020 | 06:39 PM



PENGUASA Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) sedang memperkukuh langkah keselamatan di Pelabuhan Singapura, melihat pada risiko yang memuncak daripada kes import Covid-19 ke Singapura.



Dalam satu kenyataannya hari ini (Jumaat, 24 Julai), MPA menjelaskan Singapura juga sedang menyelaras secara purata 300 kes pertukaran kru setiap hari pada Julai ini. Pertukaran kru itu dibuat menerusi prosedur 'koridor selamat' sebagaimana yang disenaraikan dalam Buku Panduan Pertukaran Kru Singapura.



Buku panduan ini dibangunkan pasukan bertindak industri yang dipimpin Persatuan Perkapalan Singapura (SSA) dengan kerjasama Kesatuan Pegawai Kelautan Singapura dan disokong MPA.



Menurut kenyataan itu lagi, Singapura menyaksikan tiga kes dalam masa seminggu di mana anak kapal yang dijadualkan berkhidmat bagi kapal kargo yang bakal belayar di lautan ditemui dalam keadaan dijangkiti Covid-19 sejurus sampai ke sini. Keadaan ini menghambat syarikat perkapalan terlibat daripada menjalankan proses pertukaran kru.



Sumber-sumber juga disalurkan bagi mengasingkan kru dan mengurangkan kemungkinan virus ini merebak kepada orang lain termasuk kru dalam pelayaran yang sama.



MPA kini sedang bekerjasama dengan pasukan bertindak industri bagi memberikan panduan lebih terperinci mengenai prosedur 'koridor selamat' bagi melindungi proses pertukaran kru termasuk keperluan mengasingkan diri ketika menjalani Notis Jangan Keluar Rumah, bagi memastikan hasil ujian tindak balas rantaian polimerase tepat, dan pindahan langsung dari lapangan terbang ke kapal bagi kru sementara di Singapura bagi mengurangkan sebarang pertemuan. 


Memandangkan terdapat beberapa kes pelanggaran prosedur yang membawa pada pertukaran kru di Singapura, MPA mengingatkan pemilik kapal, pengurus dan ejen ini agar mematuhi prosedur 'koridor selamat' termasuk dalam memastikan ujian Covid-19 tepat dan tertakluk pada undang-undang pengasingan diri sewaktu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah.



Jika ada kru yang didapati menghidap koronavirus ketika di Singapura bagi proses pertukaran kru, pemilik kapal, pengurus atau ejen akan digantung daripada menjalankan sebarang pertukaran kru bagi satu tempoh yang ditetapkan. 



MPA juga akan mengutamakan permohonan pertukaran kru baru memandangkan bilangan permohonan bagi pertukaran kru kian meningkat.



Panduan berasingan mengenai amalan terbaik buat kapal yang berdaftar di Singapura sudah pun diberi MPA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >