Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Umrah belum dapat dilakukan dalam masa terdekat; usah buat tempahan, bayaran: Amtas

Dec 31, 2020 | 03:15 PM



RAKYAT Singapura masih lagi tidak dapat menjalankan ibadah umrah dalam masa terdekat kerana terdapat peraturan yang ketat serta risiko yang tinggi berkaitannya, kata Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas).



Amtas telah mengadakan satu sidang media pada Rabu (30 Disember)  untuk menjelaskan duduk perkara perihal ibadah umrah bagi warga Singapura.



Ini setelah persatuan itu menerima banyak pertanyaan daripada masyarakat tentang status kebolehan menjalankan ibadah tersebut buat masa ini, lebih-lebih lagi dengan adanya beberapa iklan dalam talian yang menjual pakej-pakej umrah.



Menjawab pertanyaan wartawan semasa persidangan media yang diadakan di pejabat Amtas di Arab Street semalam, Timbalan Presiden Amtas, Ustaz Jalaluddin Hassan berkata beliau menjangkakan ibadah umrah hanya bakal dapat dilakukan selepas musim Haji 2021.



Bulan Zulhijjah tahun hadapan jatuh pada Julai 2021.



“Keseluruhan masyarakat Singapura dijangka dapat divaksinasi sekitar pada suku ketiga tahun hadapan, jadi sekiranya semuanya berjalan lancar, mudah-mudahan kita akan dapat melihat umrah akan dapat bermula kembali selepas musim Haji.



“Ini masih dalam perancangan...jika sekiranya awal, alhamdulillah, jika tidak, ia akan mengikut pada perancangan yang dilakukan pemerintah Singapura,” ujarnya.



Namun, Amtas menegaskan ibadah umrah yang dilalui jemaah dalam pandemik Covid-19 akan berbeza berbanding ibadah umrah sebelum ini.



Beberapa langkah persediaan ketat telah ditetapkan pihak Arab Saudi sejauh ini bagi jemaah umrah, kongsi Amtas.



Antaranya, jemaah perlu berada dalam lingkungan umur 18 hingga 50 tahun, perlu menjalani kuarantin dua hari di hotel setibanya di Makkah atau Madinah, tidak boleh melakukan umrah secara berseorangan dan mesti mengikut kumpulan tidak melebihi 50 orang.



Tidak seperti dahulu di mana ibadah umrah boleh dilakukan berulang kali, tempoh perlaksanaan umrah kini hanya tiga jam dan sekali sahaja selama tempoh jemaah berada di tanah suci.



Namun, pelaksanaan umrah hanya boleh dijalankan sekiranya mendapat kelulusan daripada pemerintah Singapura dan Kerajaan Arab Saudi, yang sejauh ini masih belum memberi lampu hijau.



Oleh yang demikian, perjalanan umrah bagi 2021 masih belum dapat dijalankan dalam masa terdekat ini, tegas Amtas.



Ia turut menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang pendaftaran dan pembayaran kepada mana-mana ejen penjualan pakej umrah dan haji (GSA) atau individu sehingga perjalanan umrah dibenarkan kembali secara rasmi di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >