Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MRT, bas semarak tema Hari Raya

May 25, 2019 | 05:30 AM



CORAK batik, motif bunga serta kupu-kupu menghiasi bas dan kereta api MRT di sini sempena musim perayaan Hari Raya.



Kereta api dan bas bertemakan Hari Raya yang dapat dilihat sehingga 3 Julai ini adalah hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali pengangkutan awam SBS Transit dan SMRT serta kawasan Kembangan-Chai Chee dan Geylang Serai di bawah GRC Marine Parade.



Terdapat lima kereta api - satu bagi setiap daripada lima laluan MRT - yang dihiasi dengan corak dan motif tersebut.



Turut dihiasi ialah lima bas - khidmat bas 28, 70, 76, 154 dan 197.



Motif bunga itu melambangkan pembaharuan persahabatan dan persaudaraan sementara motif kupu-kupu pula mewakili daya ketahanan, perubahan, harapan dan kehidupan.



Reka bentuk perayaan yang serupa itu juga boleh dilihat di platform Laluan Timur-Barat di stesen MRT Paya Lebar yang terletak berhampiran bazar di Geylang Serai.



Penumpang juga boleh menikmati visual yang sama di laluan pertukaran bagi MRT Paya Lebar.



Sementara itu, Hab Pengangkutan Bersepadu Bedok dan Boon Lay juga akan dihiasi dengan corak dan motif bertemakan Hari Raya.



Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Profesor Madya Fatimah Lateef, berkata:



"Kereta api dan bas bertema ini penting kerana ia mewujudkan kesedaran dan separa sedar dalam menambahkan semangat meraikan dalam kalangan orang ramai, yang menyumbang kepada keharmonian kaum."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >