Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MRT Laluan Utara-Selatan capai 100 hari tanpa gangguan

mrt
Apr 20, 2016 | 10:55 AM



SERATUS hari berlalu tanpa masalah bagi MRT Laluan Utara-Selatan (NSL) sejak kali terakhir ia mengalami satu gangguan besar, umum Menteri Pengangkutan, Encik Khaw Boon Wan, di blognya pada Selasa (19 April).



NSL mencapai kejayaan itu pada Isnin, menyertai Laluan Downtown (DTL) - yang mencapai 178 hari tanpa gangguan.



"Bagi kami dalam industri kereta api, mencapai 100 hari tanpa gangguan satu pencapaian besar: ia memerlukan semua orang melakukan semuanya dengan betul. Sembarang kesilapan boleh menyebabkan gangguan," tulis Encik Khaw dalam posnya, bertajuk 'Di landasan betul untuk kebolehpercayaan rel lebih baik'.



Encik Khaw berkata pencapaian NFL amat memberangsangkan kerana ia kereta api tertua daripada lima laluans MRT Singapura.



"Kejayaannya memberi kami keyakinan bahawa dengan kerja keras dan keazaman kuat, kami akan meningkatkan kebolehpercayaan kereta api kita," katanya.



Menyamakan cabaran mencapai kejayaan berterusan dengan permainan ular dan tangga, Encik Khaw memberi amaran jika sembarang kesilapan berlaku, mereka akan balik asal.



Kerja memantapkan sistem kereta api sedia ada dan menjadikan ia lebih boleh dipercayai disukarkan oleh kapasiti rel yang berkembang, apabila kereta api baru ditambah dan berjalan lebih kerap.



"Banyak kerja kejuruteraan itu perlu dijalankan dalam tempoh tiga hingga empat jam kejuruteraan setiap hari," katanya.



"Tetapi rakan-rakan kita di lapangan tidak patah semangat. Mereka terus berusaha, dan memberi usaha terbaik, terima kasih kepada sokongan berterusan pengguna dan penduduk semasa penutupan awal Laluann Utara-Selatan dan Timur-Barat (NSEWL)."



Encik Khaw juga menggesa penumpang supaya memahami keadaan selepas diumumkan pada 15 April bahawa pengendali kereta api SMRT akan membuka sebahagian daripada NSEWL lewat pada pagi Ahad agar juruteranya mempunyai lebih banyak masa untuk menjalankan kerja penyenggaraan.



Sebanyak 13 stesen akan dibuka sejam lewat pada 7 pagi dari 5 Jun hingga 8 Disember ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >