Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MRT pengangkutan utama atlet Sukan Para Asean

Oct 08, 2015 | 11:33 AM



MRT akan menjadi pengangkutan utama atlet semasa Sukan Para Asean Disember ini, untuk mengambil mereka dari Perkampungan Sukan di Marina Bay Sands (MBS) ke Hab Sukan Singapura dan sebaliknya.


Susunan tidak konvensional ini dirancang bagi memberi atlet dan pegawai kemudahan bergerak dan menggalak "semangat inklusif" di mana penumpang dan atlet kurang upaya berkongsi ruang umum, ujar Jawatankuasa Penganjur Sukan Para Asean Singapura (Sapgoc).


"Ini sebahagian daripada konsep keseluruhan Sukan ini dari awal. Masyarakat kurang upaya telah dirujuk dan ia, serta Persekutuan Sukan Para Asean dan Majlis Sukan Kurang Upaya Singapura, menyambut baik idea ini," kata pengerusi Sapgoc, Encik Lim Teck Yin, lapor akhbar The Straits Times pada Khamis (8 Okt).


Semua 3,000 atlet dan pegawai dari 11 negara akan ditempatkan di MBS. Hotel ini disambungkan ke stesen Bayfront Laluan Circle, tiga hentian jauhnya dari stesen Stadium.


Penganjur berkata masa perjalanan akan menjadi lebih singkat dengan kereta api daripada bas sewa khas. Walaupun kereta api menjadi pengangkutan utama ke Hab Sukan, pengangkutan sewa khas akan disediakan untuk atlet yang bertanding di tempat-tempat lain di seluruh Singapura.


Para atlet dan pegawai yang menggunakan kereta api akan diberi kad Cepas dengan nilai yang disimpan dan mempunyai caperon mengiringi mereka ke tempat pertandingan.


Bagaimanapun, beberapa orang menyoal apakah langkah itu, yang dimaklumkan kepada pengurus pasukan dalam pertemuan dengan penganjur minggu lepas, praktikal, khususnya bagi atlet mempunyai masalah pergerakan dan penglihatan.


Dengan lapan daripada 15 sukan berlangsung di Hab Sukan, beberapa atlet bimbang mereka mungkin lewat ke acara mereka jika kereta api sesak atau peralatan mereka tidak boleh dimuatkan di atas tren.


Menurut The Straits Times, ada pihak tidak senang hati sukan itu, yang merupakan edisi kelapan, tetapi dihos Singapura buat kali pertama, tidak akan mempunyai sistem bas ulang-alik sepenuhnya seperti yang disediakan semasa Sukan SEA Jun lalu.


Setiausaha Parlimen (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Baey Yam Keng, berkata temasya sukan itu mempunyai tujuan lebih besar - penerapan dan menggabungkan orang ramai dengan atlet kurang upaya.


"Kita harus terbuka kepada idea inklusif. Jika atlet dilihat di khalayak ramai, kita boleh meningkatkan kesedaran tentang sukan ini dan mendedahkan mereka kepada cara hidup para atlet itu."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >