Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MRT pun beraya dengan 'baju baru'

Jun 23, 2017 | 05:30 AM



SEMPENA Aidilfitri Ahad ini, penumpang kereta api dapat menikmati pengalaman perjalanan yang lebih meriah dan berwarna-warni.



Dua kereta api - yang dihias antara lain motif lampu lap-lip, ketupat dan tulisan 'Selamat Hari Raya' - akan berkhidmat di Laluan Timur-Barat (EWL) dan Laluan Utara-Selatan (NSL), serta Laluan Timur Laut (NEL).



Daya usaha Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dengan pengendali pengangkutan awam SMRT serta SBS Transit itu bertujuan mengadakan sistem pengangkutan darat berjiwa masyarakat.



Tahun lalu, tiga bas SBS Transit khidmat 28, 21 and 13 telah dihiasi motif Hari Raya.



Semalam, Menteri Perhubungan dan Penerangan, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam dan Menteri Bertanggungjawab bagi Keselamatan Siber, melancarkan kereta api bertema Hari Raya itu di stesen MRT Pasir Ris.



Beliau menaiki kereta api itu dan berinteraksi dengan penumpang sebelum turun di stesen MRT Eunos.



"Hari Raya suatu kejayaan bagi masyarakat Melayu/Islam Singapura setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan sebagainya.



"Lebih penting lagi, kita memupuk nilai-nilai bukan saja dalam kalangan masyarakat kita, malah seluruh Singapura, iaitu nilai rahmat, simpati dan menolong mereka yang kurang berkemampuan.



"Daya usaha ini ialah langkah yang baik untuk terus memupuk semangat silaturahim antara kaum Singapura dan bagaimana kita boleh bersatu menghadapi cabaran sebagai satu negara," kata Dr Yaacob ketika ditemui.



Hiasan bertema itu terpasang sehingga 19 Julai ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >