Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSE kaji kemungkinan bina menara pejabat baru di Daerah Tasik Jurong

mse
Feb 01, 2022 | 05:30 AM



KEMENTERIAN Kemampanan dan Sekitaran (MSE) sedang mengkaji apakah harus membina sebuah menara pejabat baru di Jurong Lake District, sebagai sebahagian langkah luas Pemerintah mengosongkan hartanah perdana di kawasan pusat Singapura.



Seorang jurucakap MSE berkata kepada The Straits Times ia sedang melaksana kajian tinjauan bagi bangunan pejabat baru itu.



Tapak tanah yang sedang dikaji itu terletak di 12 Science Centre Road, yang menempatkan bekas Insititut Perancis-Singapura.



Ibu pejabat MSE sekarang terletak di Environment Building di Scotts Road, yang selesai dibina pada 1986 dan turut menempatkan lembaga berkanunnya, seperti agensi air negara PUB dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA).



Jika kementerian itu berpindah ke Jurong, ia akan menjadi sebahagian daripada sebuah kelompok agensi pemerintah yang bertapak di kawasan itu pada masa depan, termasuk Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND).



Jurucakap MSE itu berkata jika perpindahan itu diteruskan, ia boleh menyokong pembangunan daerah perniagaan barat Singapura.



"Lokasinya yang dekat dengan institut akademik dan kajian serta industri akan memudahkan kolaborasi inovasi dan kajian serta pembangunan dalam sektor air, makanan dan sekitaran," kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa bangunan baru itu akan dilengkapi teknologi dan ciri-ciri kemampanan terkini.



Kawasan yang sedang dikaji seluas sekitar 16,274 meter pesegi, iaitu lebih luas daripada dua padang sepak bola, dan bangunan pejabat yang dicadangkan itu akan mempunyai keluasan lantai kasar 91,134 meter pesegi.



Ditanya mengenai butiran terkini perpindahannya ke Jurong, seorang jurucakap LTA berkata pembinaan Hab Pengangkutan Darat Bersepadu Jurong East dimulakan Mei tahun lalu dan dijangka siap 2027.



Kemudian, beberapa pejabatnya akan dipindahkan ke hab itu sebagai sebahagian usaha menebarkan pejabat pemerintah dari pusat bandar dan mengoptimumkan penggunaan tanah di sini.



Hab itu akan menempatkan pejabat, kemudahan umum dan sukan, serta ruang runcit dengan sebuah blok podium setinggi lapan tingkat dan sebuah menara 27 tingkat.



LTA juga sedang mengkaji kemungkinan membina sebuah bangunan berasingan di Jurong East untuk menempatkan baki pejabatnya dan Kementerian Pengangkutan.



Secara berasingan, seorang jurucakap MND berkata kementerian itu sedang memindahkan pejabatnya ke Jurong Lake District secara berperingkat, bermula dengan Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) dan bekas Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA), yang dipindahkan ke Jem pada lewat 2014.



Kementerian itu berkata ia tidak mempunyai rancangan serta-merta untuk membangunkan semula Kompleks MND di Maxwell Road.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >