Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF akan luas latihan kesedaran keganasan domestik, keluarga kepada lebih ramai relawan

Feb 09, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai keganasan keluarga, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) akan meluaskan Latihan Kesedaran Keganasan Domestik dan Keluarga (FVAT) kepada lebih ramai relawan.



Ini termasuk daripada rakan kongsi masyarakat, pihak sekolah dan juga pendidik prasekolah, kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Menurutnya, ini menjadi lebih penting sedang ramai kian bekerja dan belajar daripada rumah serta memanfaatkan teknologi.



"Relawan, rakan jiran serta mangsa dan mereka yang terselamat daripada keganasan keluarga, jika mereka sedar apakah makna isyarat meminta bantuan, ini akan memudahkan masyarakat untuk mengenal pasti dan mendekati mereka serta melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa," katanya.



Beliau berkata demikian selepas sesi latihan FVAT dalam talian melibatkan sekitar 80 pemimpin akar umbi dan sukarelawan daripada GRC Ang Mo Kio dan Yishun, semalam.



Meski latihan sedemikian telahpun dijalankan sejak 2018, ia kini dilanjutkan untuk merangkumi keganasan yang berlaku dalam hubungan bukan kekeluargaan seperti keganasan semasa berpacaran.



Antara yang dikongsi dalam latihan itu termasuk bagaimana mengenal pasti tanda-tanda awal keganasan keluarga termasuk mengetahui isyarat meminta tolong selain menawarkan respons yang sesuai.



Latihan tersebut sejajar dengan salah satu saranan yang dikemukakan kepada Pasukan Bertindak Keganasan Keluarga bagi meningkatkan kesedaran berhubung keganasan keluarga pada September tahun lalu yang telah pun diterima pemerintah.



Seramai 130 sukarelawan daripada Pejabat Khidmat Sosial (SSO) termasuk sukarelawan ComLink telah mengikuti latihan FVAT, sejak Oktober tahun lalu.



Satu lagi sesi akan diadakan pada 19 Februari ini di mana 200 peserta daripada SSO rentas negara dijangka mengambil bahagian.



Di peringkat akar umbi pula, selain latihan semalam, 69 relawan daripada Persatuan Rakyat (PA) serta sekitar 30 peserta daripada GRC Pasir Ris-Punggol dan SMC Punggol West telah mengikuti latihan itu masing-masing pada Jun dan November tahun lalu.



Latihan ini juga akan diluaskan kepada lebih ramai rakan kongsi masyarakat, tambah Cik Sun.



"Penting untuk kita bekerja dengan masyarakat yang boleh menjadi mata dan telinga kami dalam masyarakat untuk membantu mengesan, mengelak serta melaporkan kes keganasan," ujarnya.



Pihak kementerian akan bekerjasama dengan Institut Nasional Pembangunan Awal Kanak-kanak (NIEC), dan pengendali utama prasekolah.



Pengarah Eksekutif Casa Raudha, Cik Zaharah Ariff, berkata pihaknya dengan kerjasama MSF juga mempunyai pelan meluaskan latihan sedemikian kepada pendidik prasekolah di masjid.



Casa Raudha telah melatih 160 guru Yayasan Masyarakat PAP (PCF) dan 120 asatizah.



Secara keseluruhan, MSF berkata lebih 400 asatizah telah menjalani latihan tersebut, dengan lebih ramai akan dilatih tahun ini.



Demi menyokong mangsa dan mereka yang terselamat daripada keganasan seksual, pertubuhan bukan pemerintah, The Whitehatters, akan melancarkan semula kempen "A Holding Space" April ini.



Ia akan merangkumi sesi seperti seminar, latihan kumpulan sokongan, rencana mengenai keganasan seksual dan wawancara serta podcast.



Ia akan meluaskan tumpuan untuk turut menyokong mangsa lelaki yang terselamat daripada keganasan seksual.



Pengasas dan Pengarah The Whitehatters, Cik Shahrany Hassan, berkata:



"Saya rasa stigma terhadap kaum lelaki yang terselamat daripada keganasan seksual adalah lebih teruk berbanding wanita.



"Justeru kita akan teroka apa yang boleh kita lakukan untuk membantu golongan sedemikian dengan lebih baik lagi."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >