KALAU sebelum ini usaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berhubung keganasan dalam keluarga fokus kepada mangsa, kini ia akan turut tertumpu kepada mereka yang tahu atau pernah menyaksikan keganasan dalam keluarga.
Oleh itu, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Tan Chuan-Jin, semalam melancarkan satu kempen baru yang dinamakan Break The Silence, atau mendedahkan perbuatan ganas, yang akan berlangsung selama tiga tahun.