Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF minta pandangan soal cerai secara damai

msf
May 03, 2021 | 05:30 AM



  • Keperluan wajibkan khidmat kaunseling bagi kanak-kanak yang ibu bapa mereka bercerai

  • Lebih banyak sokongan praperceraian, termasuk kaunseling, bagi pasangan

KEMENTERIAN Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) mahu mendapatkan pandangan orang ramai mengenai perkara berkaitan perceraian berikutan maklum balas daripada sesi pendekatan yang diadakan baru-baru ini.



Antaranya, kementerian itu mahu mendapatkan maklum balas sama ada pasangan yang mahu bercerai patut diberi pilihan perceraian secara damai atau 'amicable divorce'.



Pilihan itu membolehkan pasangan bercerai tanpa perlu menunjukkan bukti kesalahan mana-mana pihak dan tidak memerlukan salah seorang daripada mereka menjadi plaintif sementara seorang lagi menjadi defendan semasa proses perceraian di mahkamah.



Buat masa ini bagi perkahwinan sivil, undang-undang Singapura menetapkan bahawa pasangan yang ingin bercerai perlu membuktikan bahawa perkahwinan mereka telah "musnah dan tidak dapat diselamatkan" dengan membuktikan sekurang-kurangnya satu daripada lima bukti kesalahan.



Lima kesalahan itu ialah zina, tingkah laku yang tidak masuk akal, pengabaian, perpisahan selama tiga tahun dengan persetujuan dan perpisahan selama empat tahun tanpa persetujuan.



Idea mewujudkan pilihan perceraian secara damai timbul hasil maklum balas segolongan individu yang sudah bercerai dan pengamal sokongan perceraian.



Mereka didekati MSF secara bersemuka melalui perbincangan kumpulan fokus serta secara dalam talian.



"Salah satu maklum balas yang timbul adalah bagaimana kita dapat membolehkan proses perceraian secara damai, misalnya, adakah kita perlu selalu memaksa pasangan menuntut cerai sebagai plaintif dan seorang lagi sebagai defendan?



"Lagi satu, adakah perlu bagi pasangan membuktikan terdapat kesalahan demi membuktikan bahawa perkahwinan mereka musnah dan tidak dapat diselamatkan?



"Terdapat situasi di mana pasangan tersebut dua-dua setuju bahawa perceraian merupakan pilihan terbaik bagi mereka," kata Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.



Beliau, yang ditemui baru-baru ini di bangunan MSF, menjelaskan bahawa berdasarkan maklum balas daripada pasangan yang telah melalui proses perceraian sedia ada, keperluan membuktikan kesalahan pasangan mereka memanjangkan keperitan yang dirasakan kerana mereka perlu melalui perasaan negatif tersebut berulang kali.



Ia juga boleh membuat pasangan mengada-adakan kesalahan yang sebenarnya tidak wujud, atau memberi tanggapan bahawa salah seorang daripada pasangan tersebut patut disalahkan sementara yang lagi satu merupakan 'mangsa' mengakibatkan perceraian tersebut lebih pahit dan perit untuk dilalui.



Selain proses perceraian secara damai, MSF juga mahu mendapatkan pandangan sama ada khidmat kaunseling bagi kanak-kanak di bawah umur 21 tahun yang ibu bapa mereka bercerai patut diwajibkan, dan sama ada lebih banyak sokongan praperceraian termasuk kaunseling bagi pasangan perlu diberikan.



"Buat masa ini apabila kanak- kanak terlibat dalam perceraian, ibu bapa mereka wajib menghadiri program keibubapaan.



"Kami mahu lakukan lebih dari itu dan pertimbangkan apakah khidmat kaunseling tambahan yang boleh kami sediakan bagi kanak-kanak ini.



"Antara perkara yang sedang kami fikirkan ialah sama ada mewajibkan khidmat kaunseling bagi kanak-kanak ini," ujar Cik Sun.



Beliau menambah: "Kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan perkahwinan, tetapi pada masa yang sama, jika pasangan sudah membuat keputusan bahawa perceraian adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mereka, kami harap dapat memastikan proses tersebut kurang perit bagi mereka.



"Apa pun, MSF mahu melakukan yang terbaik untuk menyokong keluarga dan kanak-kanak yang terjejas oleh perceraian."



Mereka yang mahu mengongsi pengalaman atau pendapat berkaitan hal ini boleh mengirimkan e-mel ke PublicFeedback@msf.gov.sg selewat-lewatnya 3 Jun 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >