Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MSF mudahkan proses mohon Dana Tabah

Wadah permohonan 'online' dibuka bantu warga buat permohonan
Aug 04, 2020 | 05:30 AM



ISI rumah berpendapatan lebih rendah, yang anggota keluarga mereka terjejas pendapatan setelah dijangkiti Covid-19 atau diberi arahan jangan keluar rumah (SHN), cuti ketidakkehadiran (LOA) atau arahan kuarantin (QO), kini boleh membuat permohonan bagi bantuan kewangan secara dalam talian.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) telah melancarkan permohonan dalam talian bagi skim di bawah Dana Tabah itu bagi memudahkan individu membuat permohonan mereka, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam satu catatan di Facebook.



"Covid-19 telah menjejas kita dari pelbagai penjuru dan ini adalah tempoh ketidakpastian bagi ramai. Isi rumah berpendapatan lebih rendah yang anggota keluarga mereka telah menjangkiti Covid-19 atau diberi SHN, LOA mandatori atau QO rumah mungkin memerlukan lebih banyak bantuan.



"Kami ingin mempermudahkan mereka mendapatkan pertolongan yang mereka perlukan, untuk mengharungi tempoh mencabar ini," tulis Encik Masagos.



Skim di bawah Dana Tabah itu dilancarkan pada 6 April lalu bagi isi rumah yang sekurang-kurangnya seorang anggota adalah warga Singapura atau Penduduk Tetap.



Kriteria lain untuk layak bagi skim itu ialah pendapatan isi rumah bulanan $6,200 dan ke bawah, atau pendapatan per kapita bulanan $2,000 dan ke bawah sebelum terjejas akibat Covid-19.



Satu lagi kriteria ialah isi rumah itu juga mengalami keseluruhan atau sebahagian (sekurang-lurangnya 10 peratus) kehilangan pendapatan disebabkan oleh jangkitan Covid-19, SHN, LOA atau QO.



Sebelum permohonan dalam talian disediakan, individu yang ingin mendapatkan bantuan membuat permohonan di Pejabat Khidmat Sosial (SSO) dan isi rumah yang layak boleh menerima bantuan sehingga $1,000.



Lebih 1,400 isi rumah telah meraih manfaat daripada skim itu sejauh ini, kata Encik Masagos.



Mulai semalam, permohonan dalam talian boleh dibuat dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari, di laman go.gov.sg/tcf.



Encik Masagos juga berkata, sehingga hujung bulan lalu, Dana Masyarakat (Community Chest) telah menerima sumbangan lebih $15.9 juta bagi Dana Tabah itu.



"Sedang kita meraikan perpaduan kita semasa tempoh Hari Kebangsaan ini, pertimbangkanlah untuk menghulurkan bantuan kepada orang-orang dalam masyarakat yang memerlukan pertolongan kita," tulis Encik Masagos.



Orang ramai yang ingin menderma ke Dana Tabah boleh melungsuri laman comchest.sg/TheCourageFund.



Dana yang ditubuhkan pada 2003 bagi membantu mangsa Sindrom Sesak Nafas Mendadak (Sars) dan kakitangan penjagaan kesihatan ketika itu kini bertujuan membantu pekerja di barisan hadapan yang sedang memerangi Covid-19.



Skim lain di bawah dana itu termasuk bantuan sehingga $30,000 untuk tanggungan individu yang terkorban akibat Covid-19, dan bantuan $3,000 atau $5,000 bagi pekerja barisan depan, sukarelawan masyarakat atau pekerja penjagaan kesihatan yang dijangkiti Covid-19 ketika bertugas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >