MSF pertingkat sokongan bantu pasangan bercerai demi anak
May 26, 2016 | 05:30 AM
SEJAK dilancarkan tahun lalu, Agensi Pakar Sokongan Perceraian (DSSA) telah banyak membantu keluarga yang menghadapi kesusahan dalam proses perceraian.
Empat DSSA yang dilantik Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) - Pusat Sokongan Keluarga PPIS As-Salaam, Pusat Bagi Keibubapaan Bersama Care Corner, Pusat Bagi Harmoni Keluarga, Pusat Bagi Harmoni Keluarga Thye Hua Kwan dan Pusat Khidmat Keluarga HELP - telah membantu 3,198 pasangan.