Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia akan sedia pelepasan automatik bagi motosikal di Koswe, Link Kedua

Mar 09, 2016 | 11:35 AM



PENUNGGANG motosikal akan mempunyai perjalanan lebih lancar memasuki dan meninggalkan Johor Baru, kerana Malaysia merancang mengadakan kemudahan pemeriksaan imigresen automatik di Koswe dan Link Kedua.

Ia akan mempunyai 100 lorong 'M-Bike' di Tambak Johor dan 50 lorong di Link Kedua bagi pengimbasan pasport, kata satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Malaysia dan Singapura.

Tiada tempoh masa diberi mengenai bila ini akan siap.

Sistem itu sama seperti yang digunakan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dikenali sebagai Bikes II - di mana semua penunggang motosikal di Woodlands dan Tuas boleh mengimbas cap jari mereka dan pasport mereka disahkan oleh mesin di 164 kaunter menjelang akhir tahun ini.

Kira-kira 35,000 penunggang motosikal menggunakan kedua-dua lintasan itu setiap hari, dan langkah-langkah memudahkan perjalanan dibincangkan oleh para pegawai dari kedua-dua pihak apabila mereka bertemu di Singapura pada Selasa (8 Mac) bagi mesyuarat ke-12 Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura bagi Iskandar Malaysia.

Jawatankuasa itu dibentuk pada 2007 untuk mengkaji cara dua negara ini boleh bekerja bersama dalam zon ekonomi Selatan Johor.

Menteri Penyelaras Prasarana Khaw Boon Wan, yang juga Menteri Pengangkutan, mempengerusikan bersama mesyuarat itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Turut hadir ialah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Khaled Nordin; Menteri Pembangunan Negara Singapura, Encik Lawrence Wong; dan para pegawai kanan.

Jawatankuasa itu juga membincangkan kemajuan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura dan Sistem Transit Rapid (RTS).

Mengenai projek kereta api berkelajuan tinggi, para pegawai menyatakan "perbincangan mengenai isu komersial, peraturan, keselamatan dan teknikal sedang berterusan".

Jawatankuasa itu juga "membincangkan persiapan ke arah memuktamadkan perjanjian dua hala antara dua negara", dan berjanji akan melaksana projek itu "segera, dengan mengambil kira skala dan kerumitannya".

Ia juga mengalu-alu baik pengesahan Malaysia bahawa Bukit Chagar di Johor Bahru akan menjadi lokasi perhentian RTS, yang akan dihubungkan dengan stesen MRT Woodlands Utara.

RTS kini dalam fasa kedua kajian kejuruteraan bersama.

Para pegawai itu juga membincangkan jalinan dalam kerjasama industri, pelancongan dan sekitaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >