Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia bayar ganti rugi lebih $102j kepada SG bagi projek HSR yang dibatalkan

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



MALAYSIA telah membayar Singapura pampasan bernilai lebih $102 juta bagi pembatalan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR).



Menurut satu kenyataan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Unit Perancangan Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri Malaysia semalam, pembayaran sebanyak $102,815,576 (RM320,270,519) dibuat bagi kos yang dikeluarkan Singapura untuk pembangunan projek HSR dan berkaitan dengan pelanjutan penangguhan projek itu.



"Kededua negara mencapai persetujuan dengan baik, mengenai jumlah itu setelah proses pengesahan dibuat oleh kerajaan Malaysia. Jumlah ini mewakili pembayaran penuh dan muktamad berhubung dengan pembatalan perjanjian dua hala itu," kata kenyataan tersebut.



"Kededua negara kekal komited mengekalkan hubungan baik dan memupuk kerjasama rapat demi manfaat bersama warga dari kededua negara," tambahnya.



Ketika bercakap di Parlimen pada 4 Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung telah mengatakan bahawa dengan pembatalan projek berkenaan, Malaysia perlu membayar pampasan kepada Singapura sejajar dengan perjanjian HSR.



Beliau menarik perhatian bahawa sekitar $270 juta sudah dibelanjakan Singapura untuk projek tersebut sejauh ini.



Encik Ong menjelaskan ganti rugi itu termasuk kos pengunduran seperti untuk khidmat runding cara, rekaan prasarana dan tenaga kerja bagi menjalankan projek HSR. Ia tidak termasuk kos pemerolehan seperti nilai tanah yang boleh didapatkan semula.



Menjawab pertanyaan media mengenai perbezaan antara $270 juta yang telah dibelanjakan pemerintah dengan bayaran pampasan lebih $102 juta yang diumumkan semalam, jurucakap MOT berkata nilai bayaran pampasan itu diputuskan apabila pemerintah menerima permintaan Malaysia untuk menggantung projek dan dinyatakan dalam perjanjian HSR



"Jumlah $270 juta itu termasuk kos pemerolehan tanah. Oleh kerana pemerintah Singapura boleh mengaup semula nilai tanah yang diperoleh itu, kami tidak menuntut pampasan untuk itu," kata jurucakap MOT.



Sebagai contoh sebidang tanah yang diperoleh akan dibangunkan untuk membina Pusat Ujian Kereta Api Bersepadu, yang baru-baru ini dirasmikan, ujar beliau.



Sementara itu, Encik Ong berkata beliau gembira lembaran ini dapat ditutup dengan baik tanpa menjejas hubungan antara kededua negara.



"Memandang ke hadapan, terdapat banyak bidang yang mempunyai peluang kerjasama. Ini termasuk isu yang dibincangkan oleh Menteri Luar Vivian Balakrishnan dengan para pemimpin di Malaysia pada minggu lalu, seperti menyambung semula pergerakan udara, yang MOT aktif melibatkan diri dan ulang-alik menerusi Koswe."



Pada 1 Januari, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Tan Seri Muhyiddin Yassin, telah mengeluarkan satu kenyataan bersama bagi mengumumkan pembatalan projek HSR



Ini selepas kededua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang diusulkan oleh Malaysia pada tarikh akhir, 31 Disember tahun lalu.



Pada September 2018, kededua negara bersetuju untuk menangguhkan pembinaan HSR sehingga akhir Mei tahun lalu.



Malaysia kemudian meminta pelanjutan lagi tujuh bulan sehingga akhir Disember bagi membolehkan kededua pihak berbincang dan meneliti perubahan yang diusulkannya.



Laluan kereta api sejauh 350 kilometer itu, yang dipersetujui pada 2013, dijangka mempunyai tujuh stesen.



Ia dijangkakan dapat mengurangkan masa pergerakan di antara Kuala Lumpur dengan Singapura kepada 90 minit berbanding lebih empat jam sekarang melalui kereta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >