Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia pertama di Asia Tenggara beli vaksin Pfizer

Nov 27, 2020 | 08:15 PM




KUALA LUMPUR: Malaysia telah setuju untuk membeli 12.8 juta dos vaksin Covid-19 Pfizer, menjadi negara pertama di Asia Tenggara mengumumkan perjanjian dengan pembuat ubat Amerika Syarikat itu setelah beberapa pihak keberatan kerana perlu menyimpannya dalam tempat sejuk.




Sedang data percubaan terakhir menunjukkan vaksin Pfizer 95 peratus berkesan, banyak negara Asia tidak bergegas mendapatkannya antara lain disebabkan oleh cuaca panas, masyarakat pulau terpencil dan kekurangan pembeku sejuk.



Vaksin Pfizer, yang dibangunkan bersama dengan rakan kongsi Jerman BioNTech, mesti disimpan dan diangkut pada suhu -70 darjah Celsius, walaupun ia boleh disimpan di dalam peti sejuk hingga lima hari, atau hingga 15 hari dalam kotak penghantaran panas.



Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada Jumaat (27 Nov) berkata Malaysia akan mengutamakan "kumpulan berisiko tinggi... termasuk pekerja barisan depan, warga emas, dan mereka yang mempunyai penyakit tidak berjangkit, seperti penyakit jantung dan kencing manis".



Pfizer akan menghantar satu juta dos dalam suku pertama 2021, dengan 1.7 juta, 5.8 juta dan 4.3 juta dos menyusuli suku-suku berikutnya.



Jumlah dos itu dijangka untuk 6.4 juta rakyat Malaysia, atau 20 peratus penduduk, dengan 10 peratus lagi akan dilindungi oleh penyertaan Malaysia dalam kemudahan COVAX global, yang disokong oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.




Malaysia, yang akan mengedarkan vaksin kepada rakyatnya secara percuma, melaporkan 1,109 jangkitan Covid-19 baru pada Jumaat. - Reuters. 





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >