Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

M'sia, S'pura setuju ambil langkah hurai isu ruang udara, perairan

* M'sia gantung kawasan larangan tetap udara Pasir Gudang * S'pura gantung prosedur sistem pendaratan di Seletar * Kumpulan kerja dari kededua negara dibentuk tangani isu sempadan perairan
Jan 09, 2019 | 05:30 AM



SINGAPURA bersetuju menggantung pelaksanaan prosedur sistem pendaratan baru bagi Lapangan Terbang Seletar sementara Malaysia bersetuju menggantung penubuhan kawasan larangan tetap di ruang udara Pasir Gudang.



Langkah itu dilaksanakan oleh kededua negara secara serentak dan dengan serta merta bagi tempoh sebulan.



Dalam tempoh itu, menteri pengangkutan dari kededua negara akan mengadakan perbincangan demi 'memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan awam', kata kededua Singapura dan Malaysia dalam kenyataan bersama semalam.



Satu kumpulan kerja yang dipimpin pegawai kanan dari kededua Malaysia dan Singapura juga akan dibentuk bagi menangani isu sempadan perairan. Ia ditugaskan untuk memberikan laporannya kepada Menteri Ehwal Luar kededua negara dalam tempoh dua bulan.



Persetujuan tersebut diumumkan oleh Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Malaysia Datuk Saifuddin Abdullah di sidang media bersama semalam bagi menggulung pertemuan sehari di Singapura yang bertujuan mencari huraian bagi isu dua hala yang timbul sejak beberapa bulan lalu.



Kededua pemimpin itu berkata bahawa perbincangan telah berlangsung dengan baik dan Singapura dan Malaysia telah mengambil langkah membina untuk menenangkan keadaan dan mencapai huraian yang boleh dipersetujui kededua negara.



Dalam kenyataannya, Dr Vivian berkata:



"Kami telah menekankan lagi komitmen untuk memperkukuh hubungan penting antara Singapura dengan Malaysia, dan juga untuk mempertingkat hubungan dua hala atas dasar kesaksamaan dan saling hormat-menghormati."



Mengulas tentang penggantungan pelaksanaan Sistem Pendaratan Instrumen (ILS) di Singapura dan kawasan larangan tetap di Pasir Gudang, Johor, Dr Vivian berkata ia adalah langkah pertama dan membuka laluan bagi perbincangan antara kededua negara diteruskan.



"Menteri pengangkutan dari kededua negara akan bertemu tidak lama lagi bagi mengadakan perbincangan tentang isu-isu ini, untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan penerbangan awam di rantau ini," kata Dr Vivian.



Datuk Saifuddin berkata Singapura dan Malaysia adalah dua negara jiran terdekat yang mempunyai sejarah hubungan baik yang berpanjangan.



"Hanya ada satu jalan ke hadapan, iaitu memperkukuh dan mempertingkat hubungan kita," kata Dr Saifuddin.



Dua isu bersaingan - ruang udara dan had pelabuhan - telah menjadi isu dalam hubungan Singapura-Malaysia sejak beberapa bulan lalu.



Malaysia menentang prosedur pendaratan baru di Lapangan Terbang Seletar - yang dijadual berkuatkuasa pada 3 Januari - kerana ia mendakwa prosedur ILS akan menjejas teruk pembangunan di Pelabuhan Pasir Gudang di Johor.



Malaysia juga ingin mengambil alih pentadbiran ruang udara itu.



Singapura, yang telah menguruskan khidmat trafik udara di ruang itu sejak 1974, berkata ILS - sistem yang membimbing juruterbang mendarat pesawat menggunakan instrumen di darat - tidak menyebabkan risiko kawalan atau keselamatan ke atas operasi di Pelabuhan Pasir Gudang.



Pentadbiran ruang udara itu, kata Singapura, tidak berkaitan isu kedaulatan.



Ia diberikan kepada Singapura mengikut perjanjian yang melibatkan negara-negara di rantau ini - termasuk Malaysia - pada 1973, sesuatu yang diluluskan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).



Penguasa Penerbangan Awam Malaysia, pada 25 Disember, menerbitkan Notis Kepada Juruterbang (Notam), untuk mengumumkan pelaksanaan Kawasan Larangan tetap bagi tujuan kegiatan ketenteraan di ruang udara Pasir Gudang, berkuatkuasa pada 2 Januari.



Lebih awal dari itu, pada 25 Oktober, Kuala Lumpur, tanpa berunding dengan Singapura, melanjutkan had pelabuhan Johor Baru sehingga ia mencerobohi perairan Singapura di Tuas.



Justeru, Singapura melanjutkan had pelabuhan sendiri pada 6 Disember, mengundang bantahan dari Malaysia.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >