Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MTFA derma $50,000 pada Masjid Hj Muhammad Salleh

Jan 31, 2023 | 05:30 AM



SEBANYAK $50,000 telah diderma kepada Masjid Haji Muhammad Salleh oleh Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) semalam bagi menyokong usaha naik taraf makam Habib Noh, yang terletak di sebelah masjid itu di Palmer Road.



Derma berbentuk cek itu diberi kepada pengerusi masjid, Encik Khalid Mohamad, dalam majlis yang dihadiri ahli lembaga MTFA dan wakil Masjid Ugama Islam Singapura (Muis)



Dalam kenyataannya, MTFA berkata selaras usaha pengumpulan dana masjid itu bernama 'Projek Infaq', derma itu akan digunakan untuk memulihkan semula, makam serta masjid itu kepada keadaan "asalnya."



Ini kerana beberapa bahagian tertentu bangunan masjid serta makam itu berada dalam keadaan rosak, lemah dan terdedah.



Menurut laman Masjid Haji Muhammad Salleh, banyak kerja pemuliharaan perlu dijalankan terhadap masjid dan makam berusia lebih 100 tahun itu, termasuk kerosakan disebabkan perang yang berlaku di sini dahulu, perubahan paras air, percubaan untuk merobohkannya serta pembangunan bandar di sekelilingnya.



MTFA berkata ia menawarkan sumbangan itu kepada masjid tersebut kerana sejarah dan kisah Habib Noh masih berkekalan dalam kalangan ramai orang, sebagaimana dibuktikan dengan bilangan pengunjung yang ramai ke makam itu.



"Ia bukan satu kebetulan MTFA telah memilih untuk membuat sumbangan ini sebagai penghormatan kepada Habib Noh yang dicintai ramai," kata Presiden MTFA, Encik Wasim Abdul Majeed.



"Apabila pengasas MTFA menubuhkan perbadanan itu pada 1904, Dana Amanah Habib Noh merupakan salah satu entiti yang telah menyokong kerja-kerja amal yang dijalankan pertubuhan ini," katanya.



Menurut laman Masjid Haji Muhammad Salleh, Habib Noh, atau nama sebenarnya Sayyid Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habshi, dipercayai merupakan seorang wali dari Arab, Yaman yang mempunyai keturunan Nabi.



Beliau terkenal kerana telah berhijrah ke rantau ini serta sumbangannya kepada masyarakat - terutamanya orang miskin - dan keupayaannya memulihkan orang sakit.



Makam itu dibina pada 1866 dan masjid tersebut memerlukan sebanyak $3 juta untuk melakukan kerja pemuliharaan bagi menjamin keselesaan, kesenangan dan keselamatan pengunjung dan jemaah.



"Hari ini, usia MTFA melangkaui 118 tahun, jadi kami rasa sebaiknya, kami mengaitkan sebahagian kejayaan MTFA kepada legasi Habib Noh, yang telah bertekad menyumbang kepada masyarakatnya dengan sifat sayang dan cemerlang, sesuatu yang ingin dicontohi MTFA setiap hari," kata Encik Wasim.



Pengerusi Encik Khalid berkata sokongan dan kebaikan yang diterima pihak masjid itu oleh MTFA serta sumbangan daripada masyarakat demi memulihara masjid dan makam itu akan "mengeratkan lagi masyarakat di sini".



"Kami masih sedang dalam proses mengumpul dana. Sehingga kini sokongan yang kami terima daripada orang ramai amat menggalakkan," kata Encik Khalid lagi.



"Namun, kami masih memerlukan lebih banyak dana dan lebih ramai orang perlu tahu tentang usaha ini," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >