Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

MTFA luas skop, sedia khidmat baru pengebumian

Jun 13, 2021 | 05:30 AM



KEBANYAKAN anggota masyarakat Melayu/Islam Singapura lebih mengenali Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) sebagai badan yang mengendalikan rumah anak yatim Darul Ihsan sejak 1962.



Namun sejak kebelakangan ini persatuan tersebut juga telah menyediakan khidmat lain kepada masyarakat, dengan terbaru ialah khidmat pengebumian, Ihsan Casket, yang ditubuhkan tahun lalu.



Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos, berkata perkhidmatan dalam bentuk keusahawanan sosial itu merupakan 'pengembangan semula jadi' yang disediakan badan tersebut sejak ia diasaskan pada 1904.



Sejak sekian lama MTFA telah menyediakan pembiayaan dan mengatur pengebumian bagi golongan miskin dan mayat Muslim yang tidak dituntut.



Justeru penubuhan Ihsan Casket satu inisiatif strategik untuk mengekalkan dan menampung objektif amal tersebut.



"Kesemua pendapatan daripada Ihsan Casket akan dikembalikan kepada MTFA untuk membiayai matlamat amalnya menyediakan khidmat pengebumian percuma bagi golongan miskin atau mayat Muslim yang tidak dituntut yang telah meninggal dunia di hospital, rumah tumpangan warga tua, atau penjara di Singapura," ujar Dr Qader dalam satu wawancara bersama Berita Harian baru-baru ini.



Sejak ditubuhkan, Ihsan Casket telah menjalankan pengebumian bagi sejumlah 1,374 mayat, bahagian tubuh mayat dan janin.



Namun ia belum lagi diminta untuk mengendalikan pengebumian kes-kes Covid-19, walaupun kakitangan Ihsan Casket dilatih untuk mengendali mayat individu dengan penyakit berjangkit.



Selain khidmat pengebumian, Ihsan Casket juga menganjurkan kursus pengurusan pengebumian.



Tahun lalu, ia mengadakan tiga kursus maya pada Jun, September dan Disember dengan 68 peserta, manakala dalam suku pertama tahun ini pula, ia menganjurkan tiga kursus fizikal pada Mac dan April dengan 42 peserta.



Selain khidmat pengebumian, MTFA juga telah menyediakan khidmat rawatan dialisis buah pinggang untuk pesakit berpendapatan rendah menerusi penubuhan Ihsan Kidney Care bermula pada 2018.



Menjelaskan penubuhan pusat rawatan itu yang terletak di Norris Road, Dr Qader berkata MTFA mengambil pendekatan menyediakan khidmat kepada masyarakat dari sejak lahir hingga akhir hayat.



Justeru antara objektif MTFA ialah menyediakan khidmat penjagaan kesihatan bagi golongan kurang bernasib baik.



Pada 2016, badan tersebut telah menjalankan kajian terhadap keperluan perubatan paling terdesak terutama bagi masyarakat Melayu/Islam dan mendapati "kegagalan ginjal muncul sebagai keprihatinan yang meningkat bukan sahaja bagi Melayu/Islam malah bagi semua rakyat Singapura," kata Dr Qader.



Maka itu, Ihsan Kidney Care, sebelum ini dipanggil MTFA Dialysis Centre, dibentuk dengan kos permulaannya dibiayai sepenuhnya oleh MTFA



Memberi perangkaan lanjut, Dr Qader berkata pusat rawatan itu kini mempunyai 64 pesakit dengan 98 peratus daripada mereka menerima subsidi.



Bagi yang diberi subsidi pula, 89 peratus tidak perlu membayar wang tunai tambahan bagi bayaran rawatan bulanan mereka.



Tenaga kerja rawatan pusat itu pula telah meningkat hampir seganda sejak 2018 untuk mengendali bilangan pesakit yang bertambah.



Ditanya tentang masa depan Ihsan Kidney Care, Dr Qader berkata pusat tersebut berusaha meluaskan khidmatnya kepada lebih ramai pesakit ginjal yang memerlukan.



"Beberapa laluan sedang diteroka termasuk membuka pusat dialisis tambahan di masa terdekat ini, selain meluaskan khidmat kami melebihi khidmat dialisis sahaja," kata beliau.




"Kesemua pendapatan daripada Ihsan Casket akan dikembalikan kepada MTFA untuk membiayai matlamat amalnya menyediakan khidmat pengebumian percuma bagi golongan miskin atau mayat Muslim yang tidak dituntut yang telah meninggal dunia di hospital, rumah tumpangan warga tua, atau penjara di Singapura."
- Pengarah Eksekutif MTFA, Dr Abdul Qader Al-aidaroos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >