Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MTI: Ekon SG tumbuh 14.3% pada suku kedua

Jul 15, 2021 | 05:30 AM



EKONOMI Singapura tumbuh pada kadar rekod dalam suku kedua daripada tahap yang rendah pada tempoh yang sama tahun lalu akibat kesan pandemik Covid-19 yang menyebabkan kemelesetan paling teruk.



Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) naik 14.3 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu pada suku kedua tahun ini, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Pertumbuhan yang kukuh ini sebahagian besarnya disebabkan paras redah yang dicatat pada suku kedua tahun lalu apabila GDP menjunam sebanyak 13.3 peratus akibat langkah pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan Covid-19 dari 7 April hingga 1 Jun tahun lalu, tambah MTI.



Namun apabila disesuaikan ikut musim, ekonomi Singapura menguncup 2 peratus pada suku kedua tahun ini, berbanding pertumbuhan 3.1 peratus yang dicatat pada suku sebelumnya.



GDP pada suku kedua kekal 0.9 peratus bawah paras sebelum pandemik dalam tempoh yang sama pada 2019, ujar MTI.



Penurunan pada suku kedua itu berbanding suku sebelumnya bagaimanapun dijangkakan akibat sekatan Covid-19 yang diperketat semasa Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat) Singapura dari 16 Mei hingga 13 Jun.



Meskipun dengan sekatan terkini, pakar ekonomi berkata pemulihan Singapura berada di landasan yang betul, didorong oleh sektor perkilangan dan eksport yang lebih terlindung daripada kesan sekatan Covid-19.



Bagaimanapun, perangkaan awal bagi suku kedua adalah lebih rendah berbanding ramalan pakar ekonomi yang ditinjau Bloomberg.



Mereka meramalkan pertumbuhan 14.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu, serta kemerosotan 1.8 peratus berbanding suku sebelumnya.



MTI mengekalkan ramalan pertumbuhan ekonomi Singapura sebanyak 4 hingga 6 peratus bagi keseluruhan tahun ini, setelah membuat ramalan itu buat kali pertama November lalu.



Ramalan itu akan disemak lagi bulan depan.



Dengan kadar vaksinasi yang lebih pantas, pakar ekonomi sektor privet menaikkan ramalan pertumbuhan Singapura bagi tahun ini kepada 6.5 peratus, menurut tinjauan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bulan lalu.



Ketua pakar ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling, berkata perangkaan terkini MTI itu menunjukkan bahawa pertumbuhan GDP sepanjang enam bulan pertama tahun ini mungkin mencapai kadar tahunan 7.4 peratus.



Pertumbuhan bagi seluruh tahun pula mungkin mencapai hampir 7 peratus, berbanding ramalan awal 6.3 peratus, ujarnya.



Cik Ling juga menjangkakan pemulihan ekonomi dunia dan setempat bertambah pesat dengan kadar vaksinasi yang lebih pantas, daya tahan perkilangan yang berterusan, pemulihan dalam perkhidmatan dan kestabilan dalam sektor binaan.



Perangkaan data MTI semalam juga menunjukkan bahawa sektor perkilangan utama menunjukkan peningkatan sebanyak 18.5 peratus pada suku kedua berbanding tempoh yang sama tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >