USAHA mengubah dan menyegarkan beberapa industri penting dalam ekonomi Singapura telah menunjukkan kemajuan menggalakkan sejak pelancaran Perancangan Perubahan Industri (ITM) dalam sembilan sektor sepanjang setahun lalu.
Ini meskipun perancangan itu masih dalam peringkat awal dan masih banyak usaha diperlukan, menurut Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (MTI).