Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

MTI: Ramalan pertumbuhan ekonomi S'pura 3-4% tahun ini

Turun dari 3-5 peratus ekoran sekitaran ekonomi sejagat yang bertambah buruk
Aug 12, 2022 | 05:30 AM



RAMALAN pertumbuhan ekonomi Singapura diturunkan kepada 3 hingga 4 peratus tahun ini, dari 3 hingga 5 peratus tahun ini disebabkan sekitaran ekonomi sejagat yang bertambah buruk.



Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) tumbuh lebih baik sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua berbanding setahun lalu dari 3.8 peratus pada suku pertama, menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) semalam.



Namun, ekonomi menguncup 0.2 peratus pada suku kedua berbanding suku pertama tahun ini, mencerminkan tanda-tanda kelemahan. Ini berbanding pertumbuhan 0.8 peratus pada suku pertama.



"Sejak Mei lalu, sekitaran ekonomi sejagat telah bertambah buruk. Risiko yang menjejas ekonomi sejagat amat ketara,'' kata Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Perusahaan), Encik Gabriel Lim, dalam taklimat akhbar bagi membentangkan prestasi ekonomi Singapura suku kedua semalam.



Tekanan inflasi yang lebih tinggi dan langkah mengetatkan dasar kewangan lebih agresif bagi menangani inflasi akan menjejas pertumbuhan ekonomi-ekonomi maju seperti Amerika Syarikat dan Zon Euro, kata kenyataan MTI.



Menggariskan empat risiko dihadapi Singapura, MTI berkata pertama, jika konflik Russia-Ukraine bertambah buruk, ia akan menjejas gangguan bekalan sejagat dan meningkatkan tekanan inflasi melalui harga makanan dan bekalan tenaga lebih tinggi. Inflasi lebih tinggi akan menjejas pertumbuhan ekonomi sejagat.



Kedua, risiko yang menjejas kestabilan kewangan boleh meningkat jika penyesuaian pasaran kewangan tidak teratur berlaku akibat langkah negara-negara maju mengetatkan dasar kewangan secara agresif bagi membendung inflasi.



Ketiga, ketegangan geopolitik di rantau ini boleh bertambah buruk dan menjejas gangguan rantaian bekalan.



Keempat, pandemik Covid-19 kekal menjadi risiko.



Menurut MTI, gangguan bekalan sejagat 'dijangka berlanjutan baki tahun ini' disebabkan faktor seperti konflik Russia-Ukraine dan dasar sifar Covid-19 di China.



Kelemahan ekonomi China akan juga menjejas sektor kimia dan dagangan borong di Singapura. Sektor kewangan dan insurans serta pengangkutan air akan juga terjejas dengan kelembapan ekonomi luaran.



Tetapi, ekonomi Singapura akan disokong pemulihan kukuh sektor berkaitan pelancongan disebabkan bilangan penumpang udara dan pelawat antarabangsa di Singapura.



Sektor seperti makanan dan minuman (F&B), hiburan dan riadah dijangka bertambah baik, di samping sektor khidmat profesional seperti guaman dan runding cara.



Pada suku kedua dari April hingga Jun lalu, sektor F&B menjulang 28 peratus dari 1.9 peratus pada suku pertama, didorong sekatan Covid-19 yang ditarik balik seperti had menjamu selera di premis makanan yang dimansuhkan sejak akhir April lalu.



Sektor dagangan runcit juga menjulang 11.5 peratus, bertambah baik dari 4.7 peratus dicatatkan pada suku sebelumnya.



Namun, sektor luaran seperti dagangan borong dan kewangan dan insurans tumbuh lebih perlahan.



Sektor dagangan borong tumbuh 1.9 peratus pada suku kedua dari 4.8 peratus pada suku pertama, manakala sektor kewangan dan insurans tumbuh 1.6 peratus dari 3.7 peratus.



"Mengambil kira prestasi ekonomi Singapura pada separuh kedua tahun ini serta perkembangan ekonomi sejagat dan dalam negeri, MTI telah menyemak ramalan pertumbuhan GDP kepada 3-4 peratus bagi 2022, dari 3-5 peratus,'' ujar MTI.



Encik Lim menambah, tekanan inflasi lebih kukuh dan langkah mengetatkan dasar kewangan akan menjejas pertumbuhan ekonomi maju.



"Berdasarkan latar belakang ini, prospek pertumbuhan sektor luaran ekonomi Singapura bertambah lemah,'' tambahnya.




PRESTASI SEKTOR EKONOMI SG SUKU KEDUA



  • Dagangan borong - 1.9% (4.8%)

  • Kewangan dan insurans - 1.6% (3.7%)

  • Penginapan - -5.3% (9.4%)

  • Pengangkutan dan penyimpanan - 5.1% (4.3%)

  • Perkilangan - 5.7% (5.5%)

  • Binaan - 3.3% (2.4%)

  • F&B - 28% (1.9%)

  • Dagangan runcit - 11.5% (4.7%)

Nota: Berbanding suku kedua tahun lalu



Sumber: MTI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >