Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Mudah amalkan agama sebagai Muslim di SG

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Mudah amalkan agama sebagai Muslim di SG

Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Abdullah Mohammed AlMadhi juga selesa hidup di SG dan bersyukur mudah dapatkan ruang solat dan makanan halal di sini
Jan 30, 2022 | 09:13 AM

SETELAH sekitar empat bulan berada di sini sebagai Duta Besar Arab Saudi ke Singapura, Encik Abdullah Mohammed AlMadhi kagum dengan betapa mudahnya mengamalkan agama sebagai orang Islam di negara ini.

Sebagai seorang yang berpengalaman tinggal di serata dunia, Encik Abdullah, berasa selesa di Singapura, dan bersyukur mudah mendapatkan ruang solat dan makanan halal, serta berasa selamat tinggal di Singapura bersama keluarganya.

"(Golongan wanita) tidak bimbang untuk memakai hijab di sini. Kami juga tidak bimbang jika ada orang yang hendak menyerang atau menyinggung perasaan oleh kata-kata atau tingkah laku.

"Saya gembira dan bersyukur dengan pelbagai manfaat yang dimiliki masyarakat Muslim Singapura, dan saya juga kini menikmati manfaat yang sama apabila duduk di sini," ujarnya dalam satu wawancara bersama Berita Minggu di pejabatnya di Penang Road baru-baru ini.

Beliau, yang telah menceburi kerjaya sebagai diplomat sejak 35 tahun lalu, pernah dikerah ke Manila, Prague, Damascus, dan Pretoria sebelum ini.

Beliau menggantikan Duta Besar Arab Saudi ke Singapura sebelum ini, Encik Saad Saleh Al Saleh.

Encik Abdullah memulakan jawatan yang baru di Singapura sedang republik ini meraikan 45 tahun hubungan diplomatik bersama Arab Saudi.

Sepanjang tempoh itu, hubungan kededua negara itu telah meningkat dari tahap ke tahap, kata Encik Abdullah.

"Singapura merupakan hab perniagaan dan kewangan. Banyak syarikat dari Amerika Syarikat, China, Eropah, juga Timur Tengah berada di sini. Jadi sebagai hab bagi kawasan di sini, kami mendapati Singapura amat penting," katanya.

Baru-baru ini, hubungan Arab Saudi dan Singapura diperkukuh dengan lawatan rasmi Menteri Ehwal Luar Saudi, Putera Faisal Farhan Al Saud, ke sini pada 13 Januari lalu.

Dalam rangka lawatan itu, Putera Faisal telah bertemu Presiden Halimah Yacob dan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Disember lalu pula, kededua negara juga telah mesyuarat pertama Jawatankuasa Bersama Saudi-Singapura (SSJC) yang diadakan di Riyadh.

Kededua negara telah mengalu-alukan peningkatan penglibatan dua hala termasuk melalui SSJC yang menyediakan wadah berguna untuk mengukuh kerjasama ekonomi dalam menyokong Wawasan 2030 Arab Saudi, kata Kementerian Ehwal Luar Singapura sebelum ini.

Antara bidang kerjasama yang diteroka termasuk dalam bidang pengangkutan, prasarana dan logistik; tenaga dan industri; ekonomi digital; kewangan dan pelaburan; serta pelancongan, kebudayaan dan sosial, kata Encik Abdullah.

Selain topik mengenai hubungan dua hala, wawancara dengan Encik Abdullah juga menyentuh tentang beberapa perkara, termasuk hubungan dengan masyarakat Muslim di sini, peluang di Timur Tengah, serta krisis kemanusiaan di Yaman dalam konflik antara Arab Saudi dan pemberontak Houthi.

Mengenai konflik tersebut, Encik Abdullah tidak mengulas lanjut, tetapi beliau memberi perangkaan mengenai bantuan kemanusiaan yang diberikan kepada Yaman oleh pihak Arab Saudi menerusi Pusat Bantuan Kemanusiaan King Salman berjumlah lebih AS$3.95 bilion ($5.34 bilion) pada 2021.

Mengenai hubungan dengan masyarakat Muslim di Singapura, Encik Abdullah berkata kedutaan Arab Saudi mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat di sini.

Sebagai seorang yang baru sahaja mengambil alih peranan sebagai duta besar, Encik Abdullah akur kini masih berusaha mengenali lebih rapat dengan masyarakat di sini.

Antara usahanya termasuk menemui pertubuhan setempat seperti Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Jamiyah Singapura.

Malah, beliau juga cuba ke masjid berlainan di Singapura untuk setiap solat Jumaat.

Beliau meluahkan rasa kagumnya terhadap kefasihan imam masjid-masjid di sini dalam berbahasa Arab, menyampaikan khutbah, dan membaca Al-Quran."Saya kagum, amat terpegun," katanya.Encik Abdullah melahirkan harapan lebih ramai orang di Singapura yang akan mempelajari bahasa Arab bukan sahaja kerana kepentingannya dari segi agama, bahkan bagi merebut peluang pekerjaan di Timur Tengah serta menghayati keindahan bahasa itu sendiri.


ANTARA DETIK PENTING SEPANJANG 45 TAHUN HUBUNGAN DIPLOMATIK SINGAPURA-SAUDI

 • 1964: Sultan Faisal Abdulaziz lantik Datuk Syed Ibrahim Omar Al-Saqqaf sebagai Konsul Besar Kerajaan itu di Singapura

 • 1977: Hubungan diplomatik ditubuhkan secara rasmi

 • 1985: Pejabat konsul Singapura di Jeddah ditubuhkan

 • 2005: Encik Goh Chok Tong, waktu itu Menteri Kanan, lawat Saudi

 • Mac 2006: Encik Lee Kuan Yew, waktu itu Menteri Pembimbing, lawat Saudi

 • April 2006: Putera Sultan Sultan Abdul Aziz Al-Saud lawat Singapura

 • November 2006: Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, lawat Saudi

 • 2019: Presiden Halimah Yacob lawat Saudi

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3