Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mudahkan warga emas cari kerja, jadi tukang cerita, antara saranan bagi warga menua aktif

Oct 24, 2021 | 02:59 PM



SEKUMPULAN warga Singapura daripada pelbagai lapisan usia telah mengajukan idea mereka mengenai cara membolehkan warga emas untuk menyumbang secara bermakna di tempat kerja dan masyarakat.



Antara saranan mereka termasuk menawarkan portal khas untuk membantu warga emas mendapatkan pekerjaan, menyediakan waktu kerja fleksibel bagi pekerja matang, dan mengadakan program bagi warga emas untuk menjadi ‘tukang cerita’ dalam bahasa ibunda kepada generasi muda.



Idea tersebut dibentangkan kepada Menteri Kedua Kesihatan, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, dalam sesi Panel Warga, yang diadakan sebahagian daripada usaha Segar Semula Pelan Tindakan bagi Penuaan Berjaya (Successful Ageing), pada Sabtu (24 Okt).



Pelan Tindakan itu kali pertama dilancarkan pada 2015, dan kini disegar semula oleh Jawatankuasa Menteri bagi Penuaan untuk memastikan ia kekal relevan.



Panel Warga yang dilancarkan itu mengundang warga Singapura untuk mewujudkan inisiatif bersama pemerintah.



Seramai 46 peserta telah diundang untuk menyertai empat sesi pendekatan maya untuk membincangkan pelbagai inisiatif berkenaan pekerjaan dan program sukarela untuk warga emas.



Sejak 25 September lalu, peserta telah memberi tumpuan kepada beberapa idea, dan mereka juga telah dibahagikan secara berkumpulan untuk memperhalusi idea itu menjadi huraian yang boleh dilaksana. Peserta telah membentangkan saranan mereka dalam sesi terakhir pada Sabtu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >