Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mudirah pertama Madrasah Aljunied

Jan 20, 2018 | 05:30 AM



SELEPAS sembilan tahun menyandang jawatan selaku penolong naib pengetua Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Ustazah Khairiana Zainal Abiden mencipta sejarah apabila dilantik sebagai pengetua atau mudirah wanita pertama madrasah tersebut sepanjang 91 tahun sejarah institusi itu.



Beliau, yang mula berkhidmat sebagai guru Matematik di Madrasah Aljunied sekitar 20 tahun lalu, mula menerajui pucuk pimpinan instituisi yang bertapak di Victoria Lane itu bermula Januari ini.



Sebagai pengetua ke-14 Madrasah Aljunied, Ustazah Khairiana, yang bertanggungjawab memimpin sekitar 670 pelajar dan 50 tenaga pengajar di madrasah itu, berkata misi dan visi institusi tersebut tetap sama iaitu melahirkan pemimpin agama yang berkualiti tinggi.



Tetapi dalam era moden hari ini, wanita berwawasan berusia 45 tahun itu mahu merubah pendekatan yang diambil untuk memastikan pelajar kelahiran Madrasah Aljunied mengikut peredaran masa.



"Pemimpin agama yang datang daripada Madrasah Aljunied akan lebih relevan, canggih, progresif, berilmu dan bukan sahaja mahir dalam bidang akademik berbentuk ukhrawi sahaja, malah bidang-bidang lain juga," ujarnya positif.



Ibu dua anak yang mempunyai latar belakang sekular itu akur tidak menyangka diberi kepercayaan menggalas tanggungjawab berat tersebut.



Bekas pelajar Sekolah Menengah Tanjong Katong Teknikal dan Maktab Rendah Nanyang itu terpanggil berkhidmat menjadi guru Matematik di Madrasah Aljunied ekoran komen 'pedas' yang dilemparkan seorang mahasiswa.



"Kata beliau, tiada guna membuang masa mengajar di madrasah kerana madrasah tiada masa depan.



"Saya rasa seakan "terpukul" dengan kata-kata tersebut.



"Jika bukan kita yang ke hadapan untuk mempelopori usaha ini, siapa lagi? Justeru saya menyahut cabarannya dan mula berkhidmat di Aljunied," kata lulusan Sarjana Muda Matematik NUS itu.



Apakah antara perubahan yang telah dilaksanakan Ustazah Khairiana mengajar Matematik di Madrasah Aljunied dan bagaimanakah latar belakang sekular membantunya?



Laporan lanjut: Iltizam Khairiana mengukuh pendidikan Madrasah Aljunied




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >