Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Aduan ajaran sesat akan disiasat dengan teliti, jika terdapat bukti kukuh Muis tidak teragak ambil langkah sewajarnya

Dec 02, 2020 | 11:30 PM



MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata bila terdapat aduan tentang ajaran sesat, proses penyiasatan perlu dilakukan dengan teliti dan bukti dikumpulkan dengan adil dan telus.



Namun jika terdapat bukti yang kukuh, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) tidak akan ragu-ragu untuk mengambil langkah sewajarnya, iaitu menfatwakan sesuatu ajaran sebagai sesat serta memaklumkan masyarakat untuk berwaspada.



Mufti juga melahirkan kebimbangan apabila baru-baru ini terdapat laporan mengenai ajaran yang salah atau sesat, justeru, katanya, Muis perlu mengambil langkah sesuai untuk melindungi masyarakat dari pengaruh sedemikian.



Beliau menyatakan demikian dalam satu kiriman di Facebook Muis pada Rabu malam (2 Dis).



Dalam kiriman tersebut, Mufti juga mengingatkan umat Islam agar tidak harus menjadi masyarakat yang mudah melontarkan tuduhan mahupun menghukum tanpa sebab yang kukuh.



“Kita juga tidak mahu Mufti, atau Jawatankuasa Fatwa, atau badan rasmi seperti Muis yang mudah sahaja melabelkan seseorang atau kumpulan sebagai “sesat” tanpa bukti atau hujah yang kukuh.



“Ia adalah satu langkah merbahaya. Kadangkala, terdapat konflik atau masalah peribadi antara dua pihak, dan implikasi keputusan yang kita ambil akan menjejas reputasi, kehormatan serta keselamatan orang,” kata beliau.



Bagaimanapuna jika ada bukti kukuh, Muis tidak akan teragak-agak mengambil langkah sewajarnya.



“Muis telah membuat keputusan sedemikian pada masa lalu,” katanya.



Mufti berkata terdapat pelbagai usaha untuk memperkukuh kehidupan beragama masyarakat Islam Singapura, khususnya memastikan bahawa hanya guru berkelayakan dan berdaftar di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) yang mengajar agama.



Bahkan, Singapura kini mempunyai sekitar 5,000 guru agama yang berdaftar. Muis akan terus mendorong dan mengingatkan masyarakat untuk menuntut ilmu dari sumber yang betul.



Namun, masih ada jumlah kecil yang memilih untuk belajar dari sumber yang meragukan ataupun salah.



“Kita perlu mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk melindungi masyarakat dari pengaruh sedemikian,” katanya.



Beliau juga mengingatkan masyarakat supaya mengambil pendekatan berdasarkan nilai-nilai agama seperti kemaafan, keihsanan dan nasihat yang berterusan bagi mereka yang terbabit, bukan menghukum dengan undang-undang kecuali jika benar-benar perlu.



“Begitu cara Baginda Nabi saw yang berjaya merubah musuh yang ketat menjadi penyokong dakwah Baginda saw dan mereka yang tersesat mendapat hidayah dan menjadi pengikutnya,” ujar beliau.



Beliau menambah:



“Kita juga perlu bersikap jujur - tidak mungkin kita dapat melindungi setiap individu daripada segala unsur kesesatan di luar sana.



“Sepertimana walau kita giat menyebarkan mesej keamanan dan keharmonian dan bahawa Islam tidak pernah mengajar kekerasan, masih ada lagi golongan pelampau, radikal dan pengganas.



“Marilah kita terus melindungi keluarga kita dan memperkuat serta menyokong institusi agama kita agar kita dapat bersama-sama membangunkan masyarakat yang kita cintai,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >