Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti dilantik anggotai Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama

Mar 03, 2020 | 07:55 PM



Mufti Singapura, Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah dilantik sebagai wakil Islam baru dalam Majlis Presiden bagi Keharmonian Agama (PCRH) mulai Isnin (2 Mac).



Satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Presiden pada Selasa (3 Mac) berkata Dr Nazirudin menggantikan Dr Mohamed Fatris Bakaram yang bersara daripada majlis itu pada hari sama.


PCRH ditubuhkan di bawah Akta Mengekalkan Keharmonian Agama dengan pengerusi dan anggotanya dilantik oleh Presiden Singapura.


Majlis seramai 10 anggota itu dipengerusikan Hakim Mahkamah Agung Chao Hick Tin dan terdiri daripada wakil agama-agama utama di Singapura dan juga anggota awam.


PCRH memberi nasihat kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri mengenai perkara yang menjejas pengekalan keharmonian agama di Singapura yang dirujuk kepadanya oleh Menteri atau Parlimen, dan mempertimbangkan serta memberi saranan kepada Presiden mengenai perintah sekatan yang dikeluarkan di bawah Akta itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >