Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti gesa belia pupuk kefahaman utuh bagi tepis pengaruh negatif

Apr 25, 2015 | 10:07 AM



MUFTI Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram menggesa belia Islam memupuk peribadi, pemikiran dan kefahaman yang utuh bagi menepis pengaruh negatif, khususnya di media sosial.


Tambahnya, individu Islam juga berkewajipan membangunkan keupayaan dan kemahiran berfikir dan menapis.


"Pengaruh untuk mengajak kita melakukan sesuatu yang diinginkan orang lain itu akan terus wujud tetapi kita perlu ada keutuhan peribadi, pemikiran kefahaman dan kematangan.


"Inilah yang perlu dibangunkan dalam jiwa dan diri belia kita," kata Ustaz Fatris kepada media semasa menghadiri ceramah Youth aLIVE di Masjid Al-Falah malam tadi.


Menerusi ceramah yang disampaikan Ustaz Fatris, beliau bercakap tentang mengamalkan Islam secara menyeluruh serta keseimbangan dalam kehidupan harian.


Ditanya tentang pengaruh fahaman pengganas kepada belia di media sosial, Ustaz Fatris menekankan pentingnya belia memiliki kefahaman meluas dalam bidang agama serta bidang lain seperti politik dan sosial bagi mengelakkan daripada terpengaruh dengan pemikiran yang boleh menimbulkan masalah.


"Kefahaman agama perlu meluas dan tidak boleh hanya berdasarkan kepada teks atau Al Quran dan hadis semata-mata tetapi memahami latar belakang di sebalik setiap ayat Al Quran, kisahnya dan tujuan yang hendak dicapainya.


"Pada masa yang sama, perlu juga ada keluasan kefahaman dan pengetahuan dalam memahami kehidupan.


"Tapi kalau belia kita tidak mempunyai kefahaman itu, tidak mahu memahami latar belakang sesuatu isu atau konflik, kita akan terbawa-bawa dan ditambah pula dengan emosi yang tidak disandarkan pada kefahaman dan pengetahuan yang jelas, maka itu akan menyebabkan sebahagian belia kita mudah terpengaruh dengan pemikiran yang boleh menimbulkan masalah," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >