Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Mufti: Harap Krismas disambut 'bahagia, bermakna'

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir telah menulis kepada beberapa pemimpin agama Kristian untuk mengucapkan selamat menyambut Krismas kepada masyarakat Kristian di sini.



Dalam suratnya itu, Dr Nazirudin berkata beliau bersyukur masyarakat silang agama di sini telah memahami dan menyokong semua langkah kesihatan yang perlu untuk memastikan keselamatan semua semasa pandemik Covid-19 ini.



Menulis bagi pihak Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Pusat Harmoni, Dr Nazirudin berkata beliau berharap masyarakat Kristian di Singapura dapat menyambut Krismas yang "bahagia dan bermakna".



"Dalam tahun yang mencabar ini, kita mencari makna, keselesaan dan harapan pada hari-hari yang istimewa yang menghidupkan semula kepercayaan kita terhadap Tuhan dan kasih sayang kepada sekalian manusia.



"Sambutan kelahiran Jesus (Nabi Isa) pada hari Krismas pastinya akan memperbaharui harapan orang-orang Kristian bahawa dengan Rahmat dan Keampunan Tuhan, manusia akan dapat mengatasi segala dugaan dan kesengsaraan.



"Qur'an menceritakan kelahiran ajaib Jesus (Nabi Isa), yang kata-kata pertama yang diucapkannya adalah berkenaan keamanan dan keselamatan," tulis Dr Nazirudin.



Penganut Kristian di seluruh dunia menyambut Hari Krismas, yang dipercayai hari kelahiran Nabi Isa, pada 25 Disember setiap tahun.



Mufti menambah bahawa semua masyarakat keagamaan kini boleh menyambung semula sesetengah aktiviti keagamaan dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab dan beliau gembira masyarakat Kristian kini boleh menyambut Krismas dalam gereja-gereja setempat.



"Kami yakin ini membawa kebahagiaan kepada semua orang Kristian.



"Semoga Krismas kali ini mengakhiri tahun ini dengan nada yang ceria dan mengukir jalan bagi Tahun Baru yang lebih segar akan datang.



"Selamat Hari Krismas dan Selamat Tahun Baru!" ucap Dr Nazirudin, mengakhiri suratnya itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >