Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti hargai usaha asatizah bimbing masyarakat hadapi Covid-19

Jun 17, 2020 | 05:30 AM



MUFTI Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata para asatizah di Singapura telah menunjukkan keutuhan keagamaan yang kukuh dalam menangani cabaran yang berlaku akibat Covid-19 agar dapat terus memberi bimbingan kepada masyarakat Islam.



Dalam ucapannya kepada 650 asatizah di acara E-Hari Raya semalam, beliau berkata Covid-19 telah menguji kemampuan dan kesediaan asatizah untuk mengharungi realiti baru itu dengan minda yang positif, corak pemikiran yang betul dan kerohanian yang teguh serta daya tahan yang tinggi.



Ia adalah perjumpaan Hari Raya yang pertama sejak beliau menyandang sebagai Mufti.



Singapura merupakan antara negara pertama yang menggantung solat Jumaat dan haji tahun ini.



"Saya bangga serta optimis dengan kemampuan ramai asatizah dan juga anggota masyarakat Islam dalam membuat penyesuaian dengan cepat dan cekap, dan terus menyebarkan sifat rahmah dan berbakti dalam apa suasana sekalipun,'' katanya.



Banyak isu yang tidak pernah dihadapi perlu ditangani dan memerlukan keputusan yang berat lagi sukar.



"Setentunya akan timbul rasa kesunyian dan kekhuatiran, apabila kita tidak menemui pandangan atau contoh yang sedia ada, baik di dalam turath mahupun di kalangan 'ulama kontemporari.



"Namun, para 'ulama kita di Singapura membuat penilaian sendiri, dengan mengambil kira konteks dan keadaan Singapura, dan begitulah peranan kepimpinan keagamaan yang telah lama dipupuk oleh asatizah mapan serta masyayikh seperti mantan-mantan Mufti, Jawantankuasa Fatwa, dan kepimpinan Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB),'' jelas Mufti Nazirudin, dalam ucapannya. Ucapan beliau diberikan kepada media oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Beliau menambah mereka menunjukkan komitmen dan dedikasi untuk membimbing umat Islam Singapura, tetapi berwawasan dan berpandangan jauh serta bersikap proaktif dan berkeyakinan tinggi untuk mengambil keputusan yang menjaga kemaslahatan umum walaupun berat.



Memberikan contoh, di dalam tempoh singkat mengalami krisis itu, Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan empat Fatwa.



Pejabat Mufti pula telah memberikan panduan di dalam bentuk Irsyad bagi banyak perkara, dan ramai asatizah bertungkus-lumus memberikan penjelasan dan semangat yang berterusan kepada masyarakat.



"Kepimpinan yang berpaksikan pemahaman konteks dan situasi penting untuk memberi penyelesaian bermakna dan berkesan bagi masyarakat. Kita dapat saksikan bagaimana penyesuaian pengamalan agama sangat perlu tatkala wabak Covid-19 mula menular.



"Meskipun pada mulanya ada suara-suara lantang yang melahirkan rasa kecewa dan tidak puas hati, apatah lagi kerana kita pada waktu itu merupakan di antara yang pertama menutup masjid, kepimpinan agama berserta golongan asatizah dan sokongan padu dari para asatizah tetap tegas dengan keputusan yang diambil,'' jelasnya.



Sikap peduli serta keprihatinan ini juga dapat melahirkan pengamalan agama yang mekar dan berhikmah.



"Apabila masjid-masjid ditutup, ramai yang terjejas secara langsung. Namun, dengan kepimpinan agama yang prihatin, penghayatan kerohanian masyarakat tetap tidak terjejas. Solat berjemaah, takbir hari raya dan ibadat lain tetap dilaksanakan, walaupun di kediaman masing-masing sebagai ganti.



"Masyarakat kita juga terus membayar zakat dan menderma secara dalam talian, serta membantu para pekerja asing sepanjang bulan Ramadan. Ramai Asatizah menyahut cabaran memindahkan kuliah mereka ke wadah dalam talian,'' jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >