Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti isytihar awal Ramadan esok

May 05, 2019 | 07:30 PM



MUFTI Dr Mohamed Fatris Bakaram mengajak masyarakat Islam di sini mengambil peluang sempena Ramadan ini untuk memperkukuh hubungan dan mengajak ahli keluarga melakukan pelbagai kegiatan bersama.



Dalam kenyataannya sempena pengisytiharan awal Ramadan tadi (5 Mei), Mufti berkata:



“Selamat menyambut ketibaan bulan Ramadan al-Mubarak. Dalam bulan yang mulia ini, ambillah peluang untuk mengukuhkan silaturahim dan mengajak ahli keluarga kita beribadah bersama misalnya bersahur, beriftar dan solat tarawih.



“Semoga Allah swt memberkati usaha kita dalam membentuk masyarakat Islam yang cemerlang dan mengurniakan kita kekuatan, untuk menjalani ibadah puasa dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.”



Masyarakat Islam Singapura mula berpuasa esok setelah Mufti mengisytiharkan awal Ramadan 1440 Hijrah jatuh pada 6 Mei 2019.



Tarikh awal Ramadan di Singapura ditentukan mengikut kiraan hisab, berdasarkan kriteria imkanur rukyah yang telah dipersetujui oleh negara anggota Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (Mabims).



Dalam satu kenyataan berasingan, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengumumkan kadar zakat fitrah bagi Ramadan tahun ini ialah $5.30 bagi kadar biasa dan $7 bagi kadar lebih tinggi untuk seorang.



Zakat fitrah perlu dibayar dalam bulan Ramadan dan paling lewat pada pagi Hari Raya sebelum solat Aidilfitri.



Masyarakat Islam bagaimanapun dinasihati membuat pembayaran awal.



 



Orang ramai boleh membayar zakat fitrah mereka menerusi salah satu cara berikut:



1) Wang tunai/cek/Nets di semua masjid, badan Islam diiktiraf dan pejabat Muis.



2) NETS / Kod QR NETS di 47 pusat kutipan zakat sepenuh masa di masjid dan pejabat M3@WGS di Wisma Geylang Serai

3) Stesen AXS



4) Fitrah Telepoll di talian 1900-112-3530 (bagi bayaran $5.30 seorang) atau 1900-112-3700 (bagi bayaran $7 seorang)



Tarikh dan masa penutup bagi pembayaran menerusi cara ini ialah 5 Jun sebelum 7 pagi.



Setiap panggilan yang dibuat adalah untuk bayaran zakat fitrah seorang dan bayaran pentadbiran 20 sen dikenakan.



5) Bayaran dalam talian menerusi laman zakat Muis di www.zakat.sg atau CIMB Clicks di www.cimbclicks.com.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >