Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti kongsi petua bina keluarga, atasi masalah

Nov 21, 2022 | 05:30 AM



KEPENTINGAN nilai Islam dalam institusi keluarga serta mengekalkan jalinan kekeluargaan yang baik menjadi teras perbincangan edisi keempat ceramah Muhasabah Masyarakat Bersama Mufti (3M) yang diadakan kelmarin.



Tema 'Memperkukuh Masyarakat Bersama Keluarga - Air Dicincang Tidak Akan Putus' dikupas Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir bersama Ustaz Nuzhan Abdul Halim selaku moderator sesi soal jawab dalam program 3M yang berlangsung di Anjung@Wisma Geylang Serai (WGS).



Ia turut disiarkan secara langsung menerusi Facebook dan YouTube SalamSG TV.



Seramai 100 orang hadir dalam perbincangan tersebut.



Program 3M 2022 fokus pada salah satu daripada bidang tumpuan M Kuasa 3 atau M³ iaitu perkahwinan, keibubapaan dan pembangunan awal kanak-kanak.



Dalam perbincangan kelmarin, Dr Nazirudin berkongsi tiga petua yang boleh dijadikan sandaran dalam membina kehidupan berkeluarga sejajar dengan nilai Islam.



Menurutnya, sifat rahmah penting di mana kasih sayang dan cinta dapat dijadikan keutamaan dalam berdepan dengan anggota keluarga yang bermasalah.



Kedua adalah sifat ihsan atau empati yang mendorong kita meletakkan diri kita dalam kedudukan seseorang yang lain.



Akhir sekali adalah keperluan mendalami ilmu agama mahupun komunikasi dan motivasi atau cara-cara terbaik dalam menangani masalah bersama remaja dan anak-anak kita.



Dalam sesi tersebut ditekankan tentang bagaimana seseorang itu harus berusaha ke arah kebaikan dan budi baik apabila wujud perbezaan dan cabaran.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim turut hadir di sesi 3M ini.



Mengulas tentang program 3M ini, Profesor Faishal berkata ia sejajar dengan pendekatan yang dilakarkan oleh M³ sebelum ini.



"Kami mahu memberi ruang membaiki kehidupan keluarga terutama dalam kalangan mereka yang memerlukan. Kerjasama M³ dengan pelbagai pihak turut membuka ruang bagi meluas bantuan buat golongan ini. Dengan adanya program 3M ini, ia bantu memberi inspirasi buat individu dalam membina keluarga yang bahagia."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >