Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti kutuk serangan oleh 'orang-orang sesat yang burukkan nama Islam'

Jul 05, 2016 | 02:33 PM



MUFTI Singapura, Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram, mengutuk siri pengeboman dan serangan bunuh diri di seluruh dunia baru-baru ini sebagai perbuatan keji yang tiada kaitan dengan Islam.



Dalam satu kenyataan pada Selasa (5 Julai), beliau mengulas mengenai "banyak serangan tidak masuk akal" yang berlaku sepanjang sebulan lalu pada Ramadan.



Ini termasuk serangan di Orlando di Amerika Syarikat, Kabul di Afghanistan, Istanbul di Turkey, Dhaka di Bangladesh, Baghdad di Iraq, dan Kuala Lumpura serta Surakarta, atau Solo, di Indonesia, dan yang terbaru pada Isnin (4 Julai) di Madinah di luar Masjid Nabi.



"Serangan keji itu disebabkan orang-orang sesat yang melakukan kekejaman dan keganasan, yang memburukkan nama Islam, agama yang memberi keutamaan pada kesucian nyawa manusia," kata Dr Mohamed Fatris, pada hari terakhir Ramadan dan diambang Aidilfitri.



"Ingatan dan doa kami buat mangsa tidak bersalah dan keluarga mereka. Hakikat bahawa serangan itu berlaku pada Ramadan, di mana umat Islam diajar berada dekat dengan Pencipta dan mendapatkan rahmat-Nya melalui perbuatan baik dan menahan diri daripada kejahatan, menunjukkan dengan jelas serangan itu tidak ada kena-mengena dengan Islam."



"Ini adalah serangan dan kejahatan keterlaluan terhadap kemanusiaan," katanya.



Dr Mohamed Fatris berkata di Singapura, masyarakat Islam bersatu untuk membantu orang lain dan membawa kegembiraan kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam perjuangan harian mereka, "dalam semangat sebenar Ramadan".



"Semangat saya juga segar, apabila saya melihat rakyat Singapura daripada agama lain datang bersama-sama untuk memahami kita melalui iftar bersama yang kita adakan di masjid-masjid kita dan pertubuhan lain dan bersatu berbuat baik untuk kebaikan masyarakat kita," tambah beliau.



"Ini adalah penjelmaan ajaran Islam dan semua agama. Ini adalah semangat yang kita perlu terus manfaatkan, yang boleh membantu mengukuhkan lagi kita sebagai sebuah masyarakat."



Dr Mohamed Fatris menggesa umat Islam supaya terus berbuat baik dan menjadi penyayang dan cintakan keamanan sedang Ramadan hampir berakhir, dan pada hari-hari mendatang.



Beliau antara beberapa pemimpin di Singapura yang mengeluarkan kenyataan pada Selasa untuk mengutuk serangan itu.



Yang lain termasuk Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dan Menteri Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >