Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Mainkan peranan, elak hadiri acara keagamaan luar negara

Mar 19, 2020 | 08:18 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) menggesa masyarakat Islam di sini supaya mengelak daripada menghadiri acara perhimpunan keagamaan di luar negara dalam usaha mengekang penularan koronavirus Covid-19 dan elak membahayakan orang di sekeliling.


Dalam satu pos yang dimuat naik di laman Facebook Muis pada Khamis (19 Mac), Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata Muslim di negara ini perlu memainkan peranan dan tidak menghadiri acara sedemikian, yang menyebabkan penularan jangkitan Covid-19.


“Saya ingin mengingatkan masyarakat kita agar mengelak menghadiri perhimpunan sedemikian.


“Anda adalah sebahagian masyarakat yang bertanggungjawab dan waras. Mainkan peranan anda.


“Agama juga mementingkan keutamaan, dan keutamaan kita sekarang adalah untuk tidak membahayakan diri kita sendiri atau orang lain,” tekannya.


Menurut Dr Nazirudin, ada beberapa penganjur acara keagamaan di luar negara berkata mereka takut Tuhan lebih daripada virus dan lantas, terus mengadakan perhimpunan ini.


“Ini bukan masa untuk tidak bersikap munasabah dan tidak bertanggungjawab. Saya mahu benar-benar jelaskan perkara ini.


“Kita takut Tuhan dengan menjadi manusia bertanggungjawab. Kita takut Tuhan dengan tidak membahayakan orang lain.


“Kita tidak takut Tuhan dengan bersikap terburu-buru dan dengan mengabaikan langkah berjaga-jaga keselamatan,” tulis Dr Nazirudin.


Pada 27 Februari hingga 1 Mac lalu, lebih 16,000 peserta telah berhimpun dalam satu perhimpunan tabligh besar-besaran di Masjid Jamek Seri Petaling di Kuala Lumpur.


Perhimpunan tersebut, yang dikatakan bagi pengikut kumpulan Tablighi Jamaat, sejak itu telah menjadi kelompok besar selepas ratusan pesertanya dijangkiti virus Covid-19.


Sekurang-kurangnya lima warga Singapura yang pulang ke sini dari perhimpunan itu telah diuji positif bagi virus itu.


Setakat ini, 101 warga Singapura dikenal pasti menghadiri perhimpunan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >