Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti mengenai vaksin Covid-19: Keutamaan lindungi nyawa

Dec 15, 2020 | 05:30 AM



LANGKAH untuk membenarkan masyarakat Islam di Singapura untuk mendapatkan vaksinasi Covid-19, tanpa mengira bahannya, merupakan satu keputusan yang dibuat oleh Pejabat Mufti, disebabkan keadaan mendesak yang sedang dilalui.



Memberi penjelasan kepada pihak media semalam, Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata keutamaan segera adalah melindungi nyawa dan menjaga keselamatan orang ramai, agar kegiatan keagamaan dan sosial dapat disambung semula dengan cara yang selamat dan bertanggungjawab.



Ini sekali gus dapat dilihat sebagai satu sumbangan masyarakat Islam Singapura dalam memelihara keselamatan masyarakat umum di sini.



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah mengeluarkan Irsyad atau panduan kelmarin yang menyatakan bahawa vaksin Covid-19 boleh digunakan oleh orang Islam.



Muis turut menggalakkan anggota masyarakat Islam supaya mengambil vaksin yang sudah disahkan selamat dan berkesan.



"Apabila vaksin disediakan di Singapura untuk kegunaan keselamatan, saya ingin menggesa masyarakat Islam untuk mendapatkan vaksin ini. Mereka tidak perlu bimbang jika mereka menggunakannya kerana panduan agama telah menjelaskan perkara ini.



"Ini adalah objektif yang jelas merupakan sebahagian dari ajaran Islam, dan kami berharap agar panduan ini dapat memberi jaminan kepada masyarakat Islam di sini.



"Kita tahu bahawa vaksin ini dapat membantu kami mencapai objektif ini," katanya.



Dr Nazirudin turut menekankan bahawa Muis akan berusaha mempertingkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang vaksin ini.



"Ini merupakan proses pendidikan yang berterusan dan saya sangat-sangat berharap masyarakat Islam di Singapura dapat menunjukkan keyakinan mereka sebaik ia disediakan dan disahkan selamat untuk digunakan.



"Ini menjadi salah satu sumbangan kita (kepada masyarakat)," katanya.



Laporan lain:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >