Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti Mesir: Patuhi perundangan negara antara amalan Nabi Muhammad

Jan 25, 2015 | 03:44 PM



MUSLIM digesa mencontohi Nabi Muhammad saw dengan mematuhi perundangan negara, bersifat ikhsan dan berahlak kepada masyarakat sekeliling.


Perbuatan sedemikian boleh membawa kesejahteraan dan kemakmuran yang akan memberi rahmat kepada semua.


Demikian pesanan Mufti Besar Mesir, Sheikh Dr Shawki Allam semasa menyampaikan Seminar Asatizah di Hab Islam Singapura pagi tadi.


Dalam seminar yang dihadiri dihadapan sekitar 200 asatizah setempat, Sheikh Dr Shawki turut mengajak asatizah untuk memainkan peranan membimbing masyarakat ke arah usaha yang boleh membawa kemakmuran kepada semua.


Satu cara ialah mendalami pengetahuan Quran dan Hadith dengan menghayati makna yang tersurat dan tersirat.


Sheikh Dr Shawki berada di Singapura selama empat hari dari Sabtu hingga Selasa bagi Program Pelawat Unggul (DVP) anjuran Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).


Sheikh Dr Shawki mengunjungi Singapura atas undangan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang menemui beliau semasa menteri itu mengunjungi Mesir November lalu.


Ini kali pertama ketua agama itu, yang dilantik menjadi Mufti ke-19 Mesir pada 2013, mengunjungi Singapura dan rantau ini.


Sheikh Dr Shawki seorang pemimpin Islam dan ulama yang dihormati dan dikenali kerana dedikasi dan usahanya ke arah keamanan menerusi pemahaman masyarakat yang pelbagai dan berbeza.


Beliau, yang dilahirkan pada 1961, merupakan Mufti Besar Mesir pertama dilantik oleh Majlis Ulama Kanan Universiti Al-Azhar.


Jawatan Mufti Besar sebelum ini dilantik oleh presiden Mesir.


Ikuti laporan penuh di Berita Harian esok.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >