Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENAHANAN REMAJA 16 TAHUN DI BAWAH ISA

Mufti: Muslim fahami cabaran umat Kristian tangani ideologi pelampau

Akur bahawa sikap remaja yang berniat serang masjid tidak cerminkan ajaran agama Kristian
Jan 29, 2021 | 05:30 AM



MUSLIM setempat memahami cabaran yang dihadapi masyarakat Kristian yang kini mahu menerangkan bahawa sikap remaja yang merancang menyerang dua masjid di sini tidak mencerminkan ajaran agama mereka, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Dr Nazirudin berkata remaja itu mungkin beragama Kristian Protestan tetapi kebenciannya terhadap Islam dan Muslim, serta kemarahan dan kecenderungan ganasnya berpunca daripada kecondongan ideologi pelampau dan sayap kanan yang diperoleh dalam talian.



Ini telah bergabung dengan semangat keagamaannya yang sesat.



"Kita tahu yang kebencian dan ideologi pelampau, bukan kitab atau agama, yang merupakan ancaman sebenar yang boleh memecahbelahkan masyarakat, menyemai ketidakpercayaan dan perpisahan serta merapuhkan ikatan.



"Ideologi ini berkembang atas rasa takut dan bimbang serta maklumat yang salah, dan disebarkan dengan mudah di dalam talian, aplikasi dan permainan. Ia mencari mangsa di kalangan mereka yang rentan, yang kurang maklumat, termasuk golongan muda kita," katanya.



Mufti menambah bahawa ideologi pelampau sayap kanan satu ancaman yang kian meningkat yang mesti dihadapi dan dihentikan.



Beliau turut menyeru masyarakat keagamaan supaya meningkatkan lagi kerjasama bagi mengatasinya sebelum ia menjadi lebih sukar dikawal.



"Mesej jelas kita tentang rasa hormat dan kasih sayang terhadap orang lain mesti sampai kepada anak muda kita dalam masyarakat kita dari mimbar, ke bilik darjah dan di rumah kita sendiri.



"Banyak lagi yang perlu dan boleh kita lakukan untuk melindungi golongan muda dan masyarakat kita," katanya.



Mufti berkata demikian di hujung lawatan sekumpulan pemimpin gereja ke Masjid Yusof Ishak di Woodlands semalam termasuk presiden Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS), Reverend Keith Lai.



Turut hadir ialah Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K Shanmugam; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim.



Masjid Yusof Ishak antara dua masjid yang belia warga Singapura berbangsa India itu rancang serang pada 15 Mac, iaitu ulang tahun kedua serangan pengganas terhadap dua masjid di Christchurch, New Zealand.



Satu lagi masjid ialah Masjid Assyafaah di Admiralty Lane.



Mufti turut meluahkan penghargaan kepada pemimpin Kristian kerana mengunjungi masjid dan memberi jaminan kepada jemaah dan masyarakat Islam bahawa "tiada penganut Kristian yang menginginkan keburukan atau menaruh keinginan buruk atau kebencian terhadap orang Islam".



Reverend Lai berkata apa yang dirancangkan belia itu bertentangan dengan apa yang diajar oleh kitab Injil tentang kasih sayang dan penerimaan.



"Ini adalah satu seruan bagi kita sebagai satu masyarakat, bukan hanya masyarakat Kristian tetapi bersama-sama sebagai sebuah negara, bagaimana kita dapat menolong anak muda kita, dan membimbing mereka dalam jalan yang betul," katanya.



Beliau menambah, tanggungjawabnya terletak pada masyarakat dan ibu bapa untuk memastikan mereka memahami emosi dan cabaran anak-anak mereka, untuk mengatasi pengaruh radikalisasi dalam talian.



"Ini adalah sesuatu yang tidak dapat kita lepaskan dan serahkan kepada agensi pemerintah. Ia adalah sesuatu yang kita harus pikul tanggungjawabnya.



"Dan sebagai pertubuhan keagamaan, kami juga memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan kami membimbing mereka dalam jalan yang betul," katanya.




"Kita tahu yang kebencian dan ideologi pelampau, bukan kitab atau agama, yang merupakan ancaman sebenar yang boleh memecahbelahkan masyarakat, menyemai ketidakpercayaan dan perpisahan serta merapuhkan ikatan."
- Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir



"Ini adalah satu seruan bagi kita sebagai satu masyarakat, bukan hanya masyarakat Kristian tetapi bersama-sama sebagai sebuah negara, bagaimana kita dapat menolong anak muda kita, dan membimbing mereka dalam jalan yang betul."
- Presiden Majlis Gereja Kebangsaan Singapura (NCCS), Reverend Keith Lai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >