Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Pandemik ajar kita bersikap prihatin, cari keseimbangan hidup

Jul 09, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH menggembar-gemburkan idea popular boleh menambah kebingungan dan kecelaruan dalam kalangan masyarakat, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Bahkan, ini boleh meluputkan keseimbangan dalam kehidupan.



Dalam satu makalah, beliau berkata kejadian, reaksi dan sikap yang ekstrem lagi melampau lebih mudah menarik perhatian.



"Namun, ia mempunyai kesan jangka panjang yang negatif ke atas pembentukan keagamaan kita.



"(Oleh) kerana itu, usaha untuk terus memandu dan mencorak kehidupan beragama ke arah keseimbangan adalah sangat penting," ujar beliau.



Dalam satu makalah eksklusif kepada Berita Harian itu, Dr Nazirudin menarik perhatian bahawa Islam adalah agama keseimbangan atau dengan istilah Al-Quran, agama wasatiy.



Keseimbangan dituntut dalam segala aspek kehidupan.



Beliau turut memberi contoh bagaimana masyarakat Islam setempat mencari alternatif dan membuat penyesuaian untuk meneruskan ibadah dan semangat agama dengan cara yang selamat semasa krisis Covid-19.



"Pengalaman ini menunjukkan kemampuan kita untuk bertanggungjawab dan bersikap prihatin, serta kematangan dalam mencari keseimbangan," ujarnya.



Laporan lanjut: Makalah penuh Mufti




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >