Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Pemimpin agama harus kreatif, berani beri huraian sendiri

Jul 19, 2021 | 05:30 AM



PEMIMPIN agama semakin memainkan peranan amat penting dalam membimbing masyarakat, terutamanya dalam keadaan krisis, kata Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir.



Malah memandang ke hadapan, Dr Nazirudin berkata realiti kehidupan akan terus mengemukakan cabaran yang memerlukan kreativiti dalam memelihara agama, dan pemimpin agama tidak boleh bersikap tidak pasti atau tidak peduli.



Mereka mesti berani memberi huraian sendiri dengan menggunakan tradisi Islam yang pelbagai dan rumit, yang merupakan bidang kreativiti atau ijtihad yang diperlukan dalam agama.



Dr Nazirudin berkata beliau percaya ini adalah fasa tugas seterusnya di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam membimbing masyarakat.



"Kami mempunyai kepercayaan akan keupayaan masyarakat kita mencapai pencapaian lebih besar, terutamanya dalam memupuk sebuah model di mana agama merupakan pengaruh positif dan membina terhadap keharmonian sosial dan perpaduan, dan pembangunan negara serta kewarganegaraan aktif.



"Ini satu cabaran besar," kata Dr Nazirudin semasa berucap di konvokesyen ketujuh Kolej Islam Muhammadiyah (MIC) yang diadakan dalam talian semalam.



Beliau memberi contoh bagaimana pemimpin agama memainkan peranan dalam membantu menyelamatkan atau dengan mempertaruhkan nyawa semasa pandemik Covid-19 ini.



Sedang segolongan pemimpin menolak keparahan virus itu atau menyebarkan teori konspirasi, sekali gus menyebabkan virus itu merebak dalam perhimpunan keagamaan, ada yang membimbing masyarakat untuk melaksana tanggungjawab sosial dan memastikan semua orang selamat.



Mujur di Singapura tidak ada kelompok jangkitan yang dikaitkan dengan sambutan Hari Raya atau masjid sejauh ini, kata Dr Nazirudin.



"Pemimpin membuat keputusan sukar dan malah, tidak popular. Sesetengah keputusan ini akan temui kritikan dan skeptikal. Namun, kita akan dinilai oleh hasilnya bukan hari ini, tetapi esok," kata beliau.



Dalam membina keupayaan pemimpin agama membimbing masyarakat membina keharmonian sosial dan perpaduan, Muis telah memulakan satu siri seminar yang membawa kepada Persidangan Antarabangsa Masyarakat Berjaya.



Muis juga melabur dalam pembangunan asatizah menerusi pelbagai kursus Pendidikan Profesional Berterusan (CPE), dan baru-baru ini melancarkan program Sijil Possiswazah Islam Dalam Masyarakat Kontemporari (PCICS).



"Lebih banyak kita faham tentang persekitaran kita, lebih berkesan dakwah dan usaha kita untuk membantu masyarakat. Kita memahami bukan hanya menerusi teori, namun lebih penting, menerusi amalan.



"Saya menggalak anda membina ikatan dan persahabatan dengan individu lain yang juga sedang berusaha memperkukuh kebaikan sama dalam masyarakat berbilang agama dan pelbagai kita," kata Dr Nazirudin.



Beliau juga berkata pusat dan penyedia pendidikan Islam seperti MIC memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan holistik dan mengikut konteks Singapura, terutamanya dalam masyarakat mudah terdedah kepada pengaruh dalam talian yang tidak sihat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >