Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti, pemimpin agama lain diberi suntikan vaksin Covid-19

Feb 02, 2021 | 06:44 PM




TUJUH pemimpin agama, termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir, telah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 mereka pada Selasa (2 Feb).





Pemimpin pelbagai agama lain termasuk Encik Rajan Krishnan (Hindu), Reverend Keith Lai (Kristian), Ketua Biskop William Goh (Roman Katolik), Encik Malminderjit Singh (Sikh), Encik Tan Thiam Lye (Tao), dan Venerable Seck Kwang Phing (Buddha).





Dalam satu pos di Facebook, Mufti berkata beliau mendapatkan suntikan vaksin Pfizer-BioNTech itu kerana "yakin ia selamat dan ini sumbangan kecil saya membantu melindungi kita semua".





"Pandemik ini telah meragut banyak nyawa dan saya tidak mahu menjadi penghalang seluruh kemanusiaan mengatasinya.





"Saya melihat ini sebagai tugas agama memandangkan situasi yang amat mencabar ini," tulis beliau.





Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, pula berkata ia satu tanda perpaduan antara agama menentang Covid-19.





"Vaksinasi adalah penentu utama dalam pertahanan kita terhadap Covid-19.





"Sokongan dan perpaduan para pemimpin agama kita banyak membantu dalam memastikan struktur sosial kita tetap kukuh.





"Kita mesti menjaga diri daripada bersikap sambil lewa, dan mengambil semua langkah berjaga-jaga untuk menjaga keselamatan keluarga dan teman-teman kita," tulis Encik Tong.





Menulis tentang vaksinasi Mufti di Facebooknya, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata:





"Saya serta rakan-rakan Anggota Parlimen Dr Maliki Osman dan Zaqy Mohamad sudah pun dapatkan vaksinasi Covid-19. Begitu juga Mufti serta Ketua Eksekutif Muis, Esa Masood.





"Tahun lalu, Muis mengeluarkan Irsyad bahawa vaksin Covid-19 dibenarkan untuk kegunaan orang Islam kerana ia merupakan keperluan asas demi melindungi nyawa dalam usaha kita membasmi wabak global ini.





"Saya ingin tekankan nasihat Pejabat Mufti bahawa vaksin yang dikeluarkan ini sejajar dengan prinsip dan nilai-nilai Islam."





Encik Masagos turut menasihatkan warga emas yang masih ragu-ragu tentang suntikan vaksin tersebut agar "jangan khuatir".





"Apabila anda mendapatkan vaksinasi, anda bukan sahaja melindungi diri anda sendiri, tetapi juga ahli keluarga dan orang-orang di sekitar anda supaya Singapura bertambah selamat.





"Jadi jangan ragu-ragu. Dapatkan suntikan apabila tiba masanya," tambah beliau.





Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >