Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Penutupan masjid demi maslahat masyarakat, elak kemudaratan

Mar 13, 2020 | 05:30 AM



JAWATANKUASA Fatwa telah membincangkan hukum-hukum berkaitan keperluan menutup masjid dan meniadakan solat berjemaah, termasuk solat Jumaat, sejak tempoh awal penularan Covid-19.



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir menerangkan perbincangan itu berlandaskan langkah memelihara maslahat masyarakat dan menjaga kesihatan serta mengelak segala bentuk kemudaratan.



"Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa (penutupan) ini diharuskan dalam Islam berdasarkan banyak contoh-contoh, hadis, kehidupan Nabi Muhammad saw dan pandangan para ahli fiqh kerana dalam Islam matlamat dan tujuan syarak itu sendiri ialah memelihara nyawa dan mengelakkan segala bentuk kemudaratan," ujar Mufti.



Mufti berkata demikian dalam satu sidang media bagi mengumumkan penutupan masjid-masjid selama lima hari bermula hari ini. Solat berjemaah termasuk solat Jumaat juga akan ditiadakan.



Di samping itu, kegiatan masjid termasuk kelas, syarahan dan ceramah akan digantung untuk tempoh dua minggu.



Langkah ini diambil berikutan dua jemaah tabligh warga Singapura yang disahkan dijangkiti Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan (MOH).



Dua jemaah itu merupakan antara 90 warga Singapura yang menghadiri satu perhimpunan tabligh di Kuala Lumpur dari 27 Februari hingga 1 Mac lalu.



Sementara itu, dalam kenyataannya, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) berkata kegiatan seperti solat berjemaah termasuk solat Jumaat, boleh mendedahkan jemaah kepada jangkitan virus.



"Jawatankuasa Fatwa telah mengeluarkan fatwa membolehkan penutupan masjid-masjid dan meniadakan solat Jumaat jika perlu demi kepentingan kesihatan dan keselamatan awam.



"Pendirian ini sama dengan pendekatan badan-badan fatwa antarabangsa berhubung Covid-19," kata Muis.



Mufti menekankan, penularan virus Covid-19 adalah sesuatu yang amat serius yang memerlukan langkah sewajarnya.



"Jika tidak ditangani dengan baik dan amalan agama menjadi salah satu halangan untuk memastikan masyarakat selamat, maka kita perlu melakukan sesuatu, mengambil langkah yang perlu untuk menjaga kemaslahatan tersebut.



"Atas dasar itu, Jawatankuasa Fatwa mengeluarkan fatwa yang membolehkan langkah-langkah (penutupan masjid) untuk dilakukan di Singapura," tambah Dr Nazirudin lagi.



Mufti menasihatkan masyarakat supaya mendirikan solat Zuhur di rumah atau pejabat untuk menggantikan solat Jumaat.



"Kami juga akan meneruskan mesej-mesej dan kelas agama menerusi wadah dalam talian sebagai menggantikan kelas-kelas di masjid...untuk terus membantu masyarakat, memberikan panduan, memberikan harapan dan juga meningkatkan daya tahan mereka dalam menangani cabaran yang begitu getir ini.



"Saya juga ingin menasihatkan masyarakat supaya kekal positif walaupun ini merupakan sesuatu yang kita tidak biasa melakukannya, ini sangat-sangat diperlukan kerana kalau kita sama-sama berganding bahu dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut, insyaAllah ini adalah satu tempoh sementara, masjid-masjid ditutup dan kita dapat meneruskan kehidupan keagamaan seperti biasa dengan baik," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >