Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Perbuatan segelintir boleh timbul keraguan terhadap kewibawaan asatizah, penting asatizah memimpin dengan integriti, keberanian, empati

Jun 02, 2021 | 08:34 PM



BEBERAPA kes baru-baru ini yang menggambarkan pudarnya integriti beberapa individu dalam masyarakat asatizah di sini, walaupun hanya melibatkan sekumpulan kecil, telah menimbulkan keraguan masyarakat terhadap kewibawaan asatizah, dan ini boleh membawa bahaya lebih besar kepada masyarakat. 



Mufti Dr Nazirudin Md Nasir dalam ucapannya di majlis Perjumpaan Hari Raya Bersama Asatizah pada Rabu (2 Jun), menyentuh tentang isu penghinaan dan salahlaku terhadap wanita termasuk asatizah yang berlaku baru-baru ini, dan berkata adalah wajar bagi masyarakat merasa khuatir akan kemungkinan keterlibatan guru atau institusi agama dalam membentuk budaya keji itu.


"Apabila masyarakat mula meragukan kualiti serta kredibiliti kepimpinan kita, kepercayaan mereka pada kita akan menjadi pudar dan lemah. Jika masyarakat hilang kepercayaan dan keyakinan mereka pada kita, mereka tidak akan teragak-agak untuk menggantikan kita dengan alternatif yang lain.


"Bahayanya adalah apa yang ditawarkan sebagai pengganti ini mungkin bercanggah dengan konteks situasi kita serta keperluan masyarakat kita," katanya di majlis dalam talian yang dihadiri lebih 780 asatizah itu.



Baru-baru ini, masyarakat Melayu/Islam di sini digegarkan dengan berita tinjauan lucah di dalam talian yang memberi ranking bagi tarikan seksual ustazah setempat dan mencadangkan mereka boleh dirogol beramai-ramai.


Dalang sebalik tinjauan itu dikatakan pelajar yang sedang menceburi pengajian agama. 


Dr Nazirudin menekankan pentingnya kepimpinan keagamaan yang berkesan serta dipercayai ketika berhadapan dengan krisis dan berkata kepimpinan itu memerlukan tiga ciri penting iaitu integriti, keberanian dan empati.


Beliau berkata, pemimpin dan begitu juga asatizah akan dipercayai dan dihormati sekiranya mereka memiliki kewibawaan yang berintegriti.


"Kemampuan ilmiah, penghafalan al-Quran dan hadith, mahupun penampilan diri kita yang terzahir kepada orang awam, semuanya belum lagi dapat menjamin kepercayaan masyarakat, jika integriti dalam diri kita dipersoalkan," katanya.


Kepimpinan juga memerlukan keberanian katanya, dan ini antara lain menghendaki pemimpin mendengar dengan teliti dan mencari penyelesaian dengan bekerjasama dengan pakar dalam isu yang ingin ditangani, seperti isu pandemik Covid-19.


Dr Nazirudin juga berkata kepimpinan yang berkesan adalah yang berempati dan dapat merasakan keperitan, kebimbangan, keprihatinan serta kegelisahan masyarakat.


"Di dalam situasi krisis dan cabaran, kita seharusnya membawa harapan kepada masyarakat, bukan menimbulkan perpecahan atau membesarkan jurang perbezaan di antara kita," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >