Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Mufti: Perkukuh hubungan demi kesejahteraan bersama

Jun 05, 2019 | 11:00 AM



 





 





KERENCAMAN masyarakat berbilang kaum dan agama di Singapura merupakan satu sumber kekuatan dan keunikan di negara ini.



Malah, ia bukanlah penghalang bagi masyarakat Singapura untuk terus menikmati kehidupan yang berkualiti, mesra lagi harmoni.



Ini jelas dapat dilihat ketika Ramadan lalu yang menyaksikan masyarakat setempat menyebarkan sifat rahmah dan keihsanan antara satu sama lain.



Justeru umat Islam di sini digesa menghargai dan memelihara corak kehidupan beragama selain memastikan nilai-nilai murni agama dapat dihidupkan dan dihayati dalam suasana masyarakat majmuk.



Demikian ditekankan Mufti Negara Dr Mohamed Fatris Bakaram semasa menyampaikan Khutbah Hari Raya Aidilfitri bertajuk ‘Semangat Ramadan Yang Menyatukan Kita’ di Masjid Sultan pagi tadi (5 Jun).



“Di samping kita mensyukuri nikmat ketenteraman dan keharmonian di negara kita, kita perlu terus berusaha memelihara keadaan ini.



“Kehidupan masyarakat kita adalah contoh bagaimana pengamalan Islam dapat menghasilkan kebaikan dan persefahaman,” kata Dr Fatris.



Dalam pada itu, Mufti turut mengongsikan bahawa “hubungan kukuh dengan Allah s.w.t. amat berkait rapat dengan hubungan yang kukuh dengan sekalian manusia”.



Lantas, dengan mengekalkan hubungan kukuh itu, ia dapat mencegah daripada berlakunya perkara yang tidak diiginkan.



Menerusi khutbah itu, beliau menambah: “Islam sentiasa menekankan pentingnya hubungan yang baik lagi mesra sesama manusia.



“Hubungan ini perlu kita pertahankan. Kerana sesiapa sahaja, dan pada bila-bila masa, boleh mematahkan usaha baik yang telah sekian lama terjalin. Hubungan yang kukuh penting kerana dengannya kita dapat melaksanakan kehidupan keagamaan dengan aman.



“Kita boleh berpuasa, berterawih bahkan melaksanakan solat hari raya seperti sekarang ini tanpa perasaan takut mahupun bimbang. Ini pada hakikatnya adalah satu nikmat besar daripada Allah yang tidak dapat kita abaikan.”



Sebahagian daripada memastikan kehidupan harmoni ini dapat dikekalkan di masa depan, Dr Fatris menggesa orang ramai untuk membuat perubahan yang bermula dari diri sendiri.



Beliau berkata: “Ingatlah, bahawa segalanya bermula dari diri kita. Kita yang mampu membentuk masyarakat yang kita inginkan di masa depan. Ia bermula dengan usaha-usaha kita semua, sebagai individu, keluarga dan masyarakat.



“Apabila kita menginginkan masyarakat yang bertakwa, dan menyumbang kepada kesejahteraan agama dan negara, maka kitalah yang seharusnya mencorak langkah terlebih dahulu, bukan menantikan gerakan orang lain.”



Ribuan jemaah membanjiri Masjid Sultan di Muscat Street, untuk menunaikan solat Aidilfitri yang dipimpin oleh Mufti sendiri.



Turut menunaikan solat di sana ialah Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee, serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >